Bro cdan (CG member) thanks for your PMed..
Finally baru la jelas dan paham camne OD ni berfungsi
Insyallah dalam masa terdekat ni nak buat camne sifu Cdan ni ajarkan... hopefully takde la aral melintang...
Finally baru la jelas dan paham camne OD ni berfungsi
w/salam bro alim...
tahniah dan syabas... OD buat untung dgn pinjaman dari bank.... bayar int 4.55%, dapat div ASB 8%... huhu...
pengiraan bro memang betul, menunjukkan bro memang dah faham, ttp amount sijil ASB tu yg tak betul...
bank akan memberi minima credit OD sebanyak rm10k, jadi sijil ASB sekurang2nya rm11k atau rm12k....
RHB 95% credit - 4.55% int - sijil 11k
CIMB 90% credit - 4.3% int - sijil 12k
MBB 90% credit = 5.55% int - sijil 12k
pandangan peribadi... saya akan gunakan 20k untuk buat OD, kerana lebih besar nilai cagaran, bermakna lebih besar credit yg boleh digunakan sekaligus lebih banyak profit dapat dibuat...
cuba lihat ini bro...
- sijil ASB 23K
- OD RHB 95% x 23k = rm21850
- guna OD rm20k, masuk dlm ASB
- int OD rm20k x 4.55% = rm910pa = rm75.85 (RM76/bulan)
- baki rm1850 stanby utk back-up fund jika int naik atau div turun
- jumlah ASB 23K(sijil) + 20K(buku) = 43k
- div ASB 43k x 8% = rm3440pa
ulasan:
- cuma bayar rm76/bulan untuk credit 20k
- lebihan wang gaji 700 masuk dlm ASB - div akan meningkat dari tahun ke tahun
- div ASB (semua atau sebahagian) boleh digunakan untuk membayar credit OD
- pembayaran balik credit dlm tempuh yg singkat akan mengurangkan int OD, ini yg berbeza dengan PL (personal load atau ASB Loan) yg mana principal dan int mesti dibayar mengikut tempuh masa yg telah ditetapkan/dipersetujui
bro boleh membuat bayaran balik rm100 atau rm200/bulan jika mahu, ini akan memendekkan tempuh bayaran balik sekaligus mengurangkan int...
- jika rm100/bulan
- div dibiarkan dalam ASB (tidak diusik)
- 10 tahun lagi ASB berjumlah rm85k+
- credit OD berbaki rm16k+
- jika rm150/bulan
- div dibiarkan dlm ASB (tidak diusik)
- 10 tahun lagi ASB berjumlah rm85K+
- credit OD berbaki rm7k+
pengiraan diatas belum termasuk 500 - 600 pelaburan setiap bulan...
Insyallah dalam masa terdekat ni nak buat camne sifu Cdan ni ajarkan... hopefully takde la aral melintang...