ASB-OD-ASB kembali...

Bro cdan (CG member) thanks for your PMed..

Finally baru la jelas dan paham camne OD ni berfungsi

w/salam bro alim...
tahniah dan syabas... OD buat untung dgn pinjaman dari bank.... bayar int 4.55%, dapat div ASB 8%... huhu...

pengiraan bro memang betul, menunjukkan bro memang dah faham, ttp amount sijil ASB tu yg tak betul...

bank akan memberi minima credit OD sebanyak rm10k, jadi sijil ASB sekurang2nya rm11k atau rm12k....

RHB 95% credit - 4.55% int - sijil 11k
CIMB 90% credit - 4.3% int - sijil 12k
MBB 90% credit = 5.55% int - sijil 12k

pandangan peribadi... saya akan gunakan 20k untuk buat OD, kerana lebih besar nilai cagaran, bermakna lebih besar credit yg boleh digunakan sekaligus lebih banyak profit dapat dibuat...

cuba lihat ini bro...
- sijil ASB 23K
- OD RHB 95% x 23k = rm21850
- guna OD rm20k, masuk dlm ASB
- int OD rm20k x 4.55% = rm910pa = rm75.85 (RM76/bulan)
- baki rm1850 stanby utk back-up fund jika int naik atau div turun
- jumlah ASB 23K(sijil) + 20K(buku) = 43k
- div ASB 43k x 8% = rm3440pa

ulasan:
- cuma bayar rm76/bulan untuk credit 20k
- lebihan wang gaji 700 masuk dlm ASB - div akan meningkat dari tahun ke tahun
- div ASB (semua atau sebahagian) boleh digunakan untuk membayar credit OD
- pembayaran balik credit dlm tempuh yg singkat akan mengurangkan int OD, ini yg berbeza dengan PL (personal load atau ASB Loan) yg mana principal dan int mesti dibayar mengikut tempuh masa yg telah ditetapkan/dipersetujui

bro boleh membuat bayaran balik rm100 atau rm200/bulan jika mahu, ini akan memendekkan tempuh bayaran balik sekaligus mengurangkan int...
- jika rm100/bulan
- div dibiarkan dalam ASB (tidak diusik)
- 10 tahun lagi ASB berjumlah rm85k+
- credit OD berbaki rm16k+

- jika rm150/bulan
- div dibiarkan dlm ASB (tidak diusik)
- 10 tahun lagi ASB berjumlah rm85K+
- credit OD berbaki rm7k+

pengiraan diatas belum termasuk 500 - 600 pelaburan setiap bulan...


Insyallah dalam masa terdekat ni nak buat camne sifu Cdan ni ajarkan... hopefully takde la aral melintang...

3 hari dengan 3 helai baju

Salam Lebaran...raya tak abih lagi, so leh laa beri salam raya...


Hari Raya Pertama - Tema Hitam (Kampung Ayah)

Hari Raya Kedua - Tema Biru (kampung Mak)


Hari Raya Ketiga - Tema Oren ( Kampung Ayah kembali)



Kesimpulannya , aku tak reti bergambo...hahaha...kalo amik gambo orang, reti laa skit2..kalo bab2 bergambo sendiri = failed!~~

Stimix or Streamyx

Dah 2 hari aku nya connection ni problem...

Selepas seharian aku memikirkan kenapa takleh nak connect internet (dari malam semalam hingga malam td), aku try la tgk balik setting kat router tu kot2 ada orang ubah ke...skali tengok kat username and password , dah berubah kepada indonhacker n password panjang gile... tak sempat nak printscreen sebab marah punya pasal terus tukar username + password asal...
adoi indon hack laa pulak stimix ni, pas try beberapa kali nak connect, still tak leh lagi...

Malam tadi aku call ikram rosdi, otai gak ni bab2 internet, n tanya nape aku tak leh nak connect internet (streamyx), dia kata line dia ok - dia kat KL, aku lak kat johor, n dia pun kata yang line akak dia pun tak ok, password berubah (maybe sama case kot ngan aku), so aku assume yg streamyx area johor ni breakdown...(maybe hacking by indonhacker)

Pagi tadi aku contact 100, cakap nape jadi camni, n dia suruh betul2kan setting ape benda ntah, aku buat jelaa walaupun aku taw mmg aku dah buat beberapa kali....

still tak leh connect gak...

sekarang aku guna modem yg satu lagi, tak connect guna router, direct modem...dan kena setting balik manually....tak suka manually, nak autoconnect je...

maybe kejap2 lagi nak try setting balik router + splitter tu kot2 ada problem ke, tp rasanya splitter tu ok je, sbb modem skrg ni pun connect melalui splitter...

semoga aku berjaya meng'connect'kan internet kat umah ni...

Sijil - OD - ASB

Kenyataan di bawah merupakan hasil maklumat yang diambil dari forum . Dari sini aku cuba pahami apa yang tersirat dan tersurat...
Gaji En.Murad RM3000 sebulan...
Perbelanjaan bulanan RM2500 sebulan...
Lebihan yg boleh digunakan RM3000 - RM2500 = RM500 sebulan...

Sijil ASB En.Murad RM100,000...
OD 95% dari RM100,000 = RM95,000
Intrest OD 4.55% x RM95,000 = RM4322.50 setahun = RM360.25 sebulan
Bayaran int + pokok RM500 x 12 bulan = RM6000 setahun
Dividen ASB 8% x RM195,000 = RM15,600
Cuma RM5000 sahaja dari dividen dapat dimasukkan dlm akaun ASB En Murad

Ada lebihan RM10,600, En Murad pergi ke Overseas Union Bank (OUB)
En Murad membeli 3 keping Maple Leaf Gold Coin RM3508 x 3 = RM10,524
Wang berbaki RM76 digunakan untuk isi petrol, bayar parking dan belanja kawannya makan minum.

En Murad juga tahu pelaburan emas memberi pulangan 25% setahun
En Murad juga tahu Maple Leaf adalah menawarkan harga dan spread yang rendah sekitar 3%
Dividen ASB yang akan datang juga En Murad akan menambah pelaburannya dengan emas
Hasilnya :

Pengiraan dari kadar kemampuan diriku adalah seperti berikut :

RM10,000
OD - 95% x 10,000 = RM9,500
interest OD 4.55% x RM9,500 = RM432.25 = RM36.03
Dividen ASB - 8% x RM19,500 = RM1560
Lebihan - Rm1560 - 432.25 = RM1127.75
Masukkan RM1127.75 dalam ASB = RM20627.75
*diulangi sehingga 10 tahun~~

Dianggarkan selama 10 tahun, ada laa lebih kurang RM40k...

*kalo ada salah silap, tolong perbetulkan...

Dinar dan Dirham

Salam to all..

Selamat menyambut Aidilfitri, ampun jua ku pinta, salam kemaafan dihulurkan dari jauh... Andai diri ini mempunyai 1 kesalahan, sejuta kemaafan ku hulurkan. Diriku yang tidak sempurna mungkin banyak mengguris hati insan2 tapi apakan daya, hanya kemaafan dapat ku pinta, halalkan makan minum...

berbalik semula ke pada tajuk posting ni, pasal dinar dan dirham...

post sebelum ni berkaitan dengan dinar sahaja, tapi ada statement yang salah (maybe sbb main petik je + salah baca / tak reti baca), so kat sini nak perbetulkan statement yang sebelum ni, malas nak edit post yang salah sebelum ni, biarkan agar menjadi iktibar/rujukan...

Dinar and Dirham

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.

Zero inflation in 1,400 years

A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.

Haaa, so sekarang dah jelas yang dinar dan dirham tu amat penting dikemudian hari... Ni yang rasa nak kumpul duit beli duit dinar setiap bulan...mari menyimpan untuk kemudian hari...

Conventional Money vs Gold..which one you prefer?

Aku baru je terbaca artikel berkenaan turunnya Nabi Isa, dan kemunculan Dajjal... apa tu dajjal aku pun tak pasti, camne rupanya, tapi tanda2 kecil kemunculan Dajjal tu dah ada.

Tahukah anda bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan dajjal ini keluar di Khurasan?
Sekarang aku bagitau kau, apa dia itu sistem Dajjal:
1- sistem kewangan islam berjaya dihapuskan secara mutlak (agenda dajal berjaya) (dinar & dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)
2- wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia (sistem dajjal)
(islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang)
3- wang kertas akan digantikan beransur2 dengan wang elektronik (sistem dajjal) (dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas) (dari kertas bertukar menjadi duit digital) (kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold) (moneybooker, digital check)
4- berita2, media2, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli (sistem dajjal)
(CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland,)
5- ekonomi dunia dikuasai ejen2 dajjal melalaui YAHUDI.
(VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES)
(Makanan segera jenama dunia, baru bulan lepas anda memakannya)
(Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya)
(Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya)
(teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)
6- pyramid agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat)
binaan pyramid merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal.

Sekarang ni pun dah banyak tanda2 ni yang ada, so bagaimana persediaan kita? Aku sekarang rasa nak berbalik kepada yang benar...

Sistem 1,2 dan 3 tu dah berlaku dengan teruknya sekarang ni, kita leh tgk camne nilai matawang dimanipulasikan sewenang2nya, sehingga tiada nilai. Contoh negara Zimbabwe, nilai berbillion hanya untuk membeli beberapa bijik telur...




Apa guna ada Rm10k kalo just hanya nak beli sebuku roti?? (katakan inflasi negara terlalu teruk beberapa tahun akan dtg - tpi minta2 jangan laa kan... )
So ni la akibat dari sistem Dajjal yang ingin mendajjal manusia.....begitu teruk skali..
Sebab tu Islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang. Yang mana sekiranya pada zaman dulu harga seekor ayam adalah satu dinar, makan harga ayam kini pun bernilai satu dinar jua (jgn convert into duit conventional)...

Tak rugi membeli emas pada waktu sekarang, sebagai langkah berjaga2, katakan sebulan gaji Rm2k, tak salah melaburkan rm500 utk beli 1 dinar... setahun dah ada 12 dinar... katakan beli harga rm500, tahun berikutnya mungkin harga tu dah menjadi rm700 utk satu dinar, time ni laa kita dpt lihat betapa untung nya nilai emas ni...

beli 1 dinar (1/1/09) = rm500,
jual 1 dinar (1/1/10) = rm700...dah untung 200...

camni laa keadaannya...ni yang terasa nak beli emas... kena kumpul duit ni...

Word-VBA Code

Hampir 2 bulan mengkaji apa ini word- macro, macro yang menggunakan visual basic application code merupakan satu program yang memudahkan user untuk menyusun program2 yang akan berjalan dengan sendiri...
Nampak mudah, sehingga ada orang memperlekehkan bile status ym bertajuk
"Ajarkan saya cara-cara menggunakan Microsoft Word"

tapi bile diajukan dengan Microsoft word - Macro Programming, tak taw nak jawab apa..hurmmm...2 bulan bukan masa yang lama untuk membuat R&D berkenaan dengan macro ni, maybe sbb banyak project nak kena settlekan, tu yang kelam kabut... (banyak project ke banyak berangan aku pun tak taw daaa )..


Ni antara sebahagian dari macro programming yang ada :

Call, Run a Macro That's in Another Template:
Application.Run "[TemplateName].[ModuleName].[MacroName]
Example: Application.Run "Normal.NewMacros.Macro1"
Example: Application.Run "Normal.Module1.Macro2"

Document, SaveAs (with all the junk):
ActiveDocument.SaveAs FileName:="C:\Temp\MyFile.doc",
FileFormat:=wdFormatDocument, LockComments:=False, _
Password:="", AddToRecentFiles:=True, WritePassword:="", _
ReadOnlyRecommended:=False, EmbedTrueTypeFonts:=False, _
SaveNativePictureFormat:=False, SaveFormsData:=False, _
SaveAsAOCELetter:=False

Select, Text, Using Extend:
Selection.EndKey Unit:=wdLine, Extend:=wdExtend
Selection.HomeKey Unit:=wdLine
Selection.MoveRight Unit:=wdCharacter, Count:=2, _
Extend:=wdExtend

dan tak dpt nak listkan semuanya sebab terlalu banyak code dia, nak taw lebih lanjut leh tengok kat :


Word-VBA Code Samples for Newbies & Others

Lappy

Terasa nak menukar sebuah laptop yang baru laa pulak, walaupun Sony VAIO yang aku guna skrg ni tak smp pun 4 bulan pakai...



Tapi memandangkan laptop VAIO ni low spec, tu yang terasa nak angkat laptop baru... dan sudah tentunya laptop yang superb high end spec. tapi mampu kah aku? kalo loan insyallah bole kot... tp ada ke yang nak memberi loan???

Dari dulu terasa nak beli MAC nya laptop, tapi memandangkan keadaan kewangan yang tak berapa nak sihat, mungkin bole ditunda sehingga tiba waktunya. lagi pun MAC lain benar dengan laptop biasa.. kalo nak cari MAC pun kn cari yang compatible dengan Windows platform...

to be continue...

*nak g teman member amik baju raya

Expenses

Sudah 3 bulan bekerja, sudah 2 bulan gaji masuk...tapi satu simpanan pun takde lagi buat masa ni, mengapa??? gaji kecik?? expenses tinggi?? mungkin gak, nak kata money management terabur, semua sudah di atur dengan baik, tapi bersyukur sebab buat masa ni , aku hanya aku, tiada si dia, tiada lagi tanggungan anak2 comel...

Perbelanjaan bulanan :-

- Makan minum :~RM400-RM500 (sehari 15)
- PTPTN :~RM200 (banyak ke?)
- minyak / tol / kete :~RM350 (RM150 balik kampung)
- Sewa Rumah :~RM200
- Belanja hidup :~RM200
- parent :~Rm100
=============================
- Jumlah :~RM1450

ouch, nampak cukup, tapi ntah laa, dapat simpan pun untuk keperluan diri, kalo gaji 2400, ada gak simpanan RM1k, tp kalo gaji underpaid? berapa je dpt simpan...hurmmm...silap2 hari bulan perbelanjaan lagi tinggi dari income..lagi2 kalo time kete nak kena anto service, roadtax, insurance, tak pun time sakit ke (swasta, takde panel lak tu)...

Hurmm, satu lagi kemusykilan , guna prepaid or guna postpaid, mana satu lagi murah???


Bekerja dan ibadah

Bekerja merupakan satu ibadah, tidak salah untuk bekerja as long as tak melanggar hukum syarak dan tidak melanggar peraturan agama.
Ya, memang tidak salah sama sekali, tetapi adakah dengan sebab bekerja itu sendiri kita boleh melupakan perkara2 ukhrawi seperti bertadarus Al-Quran, bertarawikh, Qiamullail (lagi2 sekarang ni bulan Ramadhan Al-Mubarak - bulan yang penuh dengan segala rahmat).

Lagi-lagi bekerja dalam bidang IT yang penuh dengan cabaran dan teknologi yang berkembang pesat, pemesatan ini menyebabkan etika kehidupan seperti dilanggar, dahulu manusia mempunyai masa untuk melihat dunia luar, tetapi sekarang ini, hanya segelintir yang mampu melihat dunia luar, sedangkan yang selebihnya hanya melihat "dunia luar" melalui satu medium perantara (pc, tv , bla bla bla)..

Mau jadi seperti ini :-



atau beribadah bersama2 mereka :


Pilihan di tangan anda... tak guna bekerja 48 jam, 120 jam kalo tidak disertai dengan ibadah....

"WALAUPUN HIDUP SERIBU TAHUN, KALO TAK SEMBAHYANG APA GUNANYA"

Gadgets...

Bukan mengabui mata dengan benda-benda yang ntah berfaedah atau tidak, tapi keinginan untuk memiliki gadget ni membuatkan gejolak perasaan yang tidak dapat dibendung lagi.

Dua gadget yang sekarang ini sedang bermain di fikiran adalah :

1 - PSP (PlayStation Portable)
Mula teruja ngan PSP ni bile main kawannya PSP, game - Final Fantasy... walaupun tak reti sangat control, tapi lama-lama belajar dah jadi mahir lak... tu yang teruja sampai rasa nak beli je...

2 - Camera (SLR vs Digital)
Kamera ni memang dari dulu teringin sangat nak beli, sebab takde langsung camera, takkan nak guna camera handphone je kalo g mana2 majlis, nampak tak menarik laa pulak...so decide nak angkat seketul kamera, tapi masalahnya , kamera ni lak ada 2 jenis , yang biasa2 ( digital camera) dan yang satu lagi SLR (single-lens reflex) camera...both ni nampak menarik, cuma yang SLR ni selain dari fungsi dia yang menarik, harga dia pun teramat laa menarik...fps dia pun banyak berbanding ngan digital biasa ni, MP (megapixel) dia pun totally awesome, even though yang digital pun sekarang dah jejak 12mp tapi still lower spec berbanding ngan slr...

vs




Mana satu yang paling berbaloi erk??? PSP vs Digital Camera vs SLR...tapi tak mungkin SLR dapat dibeli dengan harga RM800-900, mungkin kena kumpul duit skit2 baru boleh beli...lama2 jadi bukit... tapi buat masa sekarang, pilihan mana yang paling tepat, camera atau psp?

Multi Monitor




Wow, ni baru betul2 namanya multi monitor, kalah dah dual monitor...teruja camni, even guna desktop besar gedabak, tp style gak kalo dapat buat, nak lagi mantap, beli lcd dalam 10 keping...baru syiok~~~!!!

Bit Runga - Sway

Erti 10 dalam GDI...

10? Apakah yang istimewa dengan 10? Dalam GDI, 10 membawa makna yang cukup mudah dan hebat.

1. Modal Rendah - USD10 sebulan
2. Bonus Unilevel - 10% per person down to Level 5
3. Untuk Balik Modal - cari 10 Rakan Niaga
4. Bonus Infiniti - 10% per person Level 6 - Infiniti

Aplikasi Kuasa 10 Dalam GDI

Bonus komisyen Unilevel adalah 10% iaitu USD1. Ini bermakna untuk balik modal, anda semua hanya perlu mencari 10 Rakan Niaga. Begitu juga dengan rakan anda yang lain, mereka akan Copycat langkah anda untuk balik modal. GDI membayar bonus hingga Level ke 5. Kita lihat betapa hebatnya Kuasa 10.

Level 0 : Anda sertai GDI
Level 1 : Anda ajak 10 Rakan Niaga
Level 2 : 10 ajak 10 = 100 Rakan Niaga
Level 3 : 100 ajak 10 = 1,000 Rakan Niaga
Level 4 : 1,000 ajak 10 = 10,000 Rakan Niaga
Level 5 : 10,000 ajak 10 = 100,000 Rakan Niaga

Total = 111,110 Rakan Niaga @ USD111,110 @ RM388,885 TIAP2 BULAN dengan hanya semua orang mencari 10 Rakan Niaga untuk balik modal. Susah tak cari 10 orang yang umur 18 tahun & ada kad kredit @ kad debit? Betapa lumayannya potensi pendapatan dengan hanya gantu rakan kita balik modal.

TUNGGU! Ada Lagi BONUS INFINITI

Bukan itu sahaja, GDI juga memberi peluang kepada anda untuk mencapai Bonus Infiniti. Bonus ini membolehkan anda mendapat komisyen 10% daripada Level 6 dan ke bawah dengan 3 syarat mudah iaitu :

1. Sponsor 10 Rakan di Level 1 - Lulus
2. 10 Level 1 juga sponsor 10 Rakan - Lulus
3. Jumlah Level 1-5 lebih 5000 Rakan - Lulus

Melalui Kuasa 10, anda juga telah layak menerima Bonus Infiniti iaitu Level 6 - Infiniti. Ini barulah unlimited income.

Level 6 : 100,000 ajak 10 = 1,000,000 Rakan Niaga @ USD1,000,000 @ RM3,500,000
Level 7 : 1,000,000 ajak 10 = 10,000,000 Rakan Niaga @ USD10,000,000 @ RM35,000,000

Apakah perasaan anda jika mendapat income berjuta-juta setiap bulan. SETIAP BULAN? Ya, setiap bulan. Ingat tak modal kita USD10 Sebulan, maka komisyen kita juga adalah TIAP2 BULAN. Anda tidak perlu lagi bekerja bukan?

Sesungguhnya peluang buat duit online yang saya sedang usahakan ini telah berjalan sejak 1999 lagi. GDI bukan nama asing dalam bisnes online. Program affiliate dan juga online MLM terbaik di dunia. Adakah anda masih tidak nampak potensi pendapatan lumayan yang bakal anda perolehi?

Jika anda tidak nampak peluang bisnes hebat ini, anda tersangatlah rugi. Jika anda tidak yakin, hubungi saya. Berbincanglah dengan saya. Tanyakan apa yang anda kurang yakin atau apa sahaja persoalan. InsyaAllah, saya sedia membantu.

Mari sama-sama kita berubah, buanglah segala persepsi negatif terhadap bisnes online. Orang lain sudah mula buat duit, anda hanya pandai buat alasan. Renung2kan...



(kredit to pencentetap.com)
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here