Aku dan hanya aku

Memalam ni tetiba terasa nak cerita pasal negara, negara mana? negara sendiri lah, takkan negara orang lain pulak...dah sini je negara yang saya menetap, bukan nya saya ni nomad, apatah lagi pendatang asing...hehehehe

Tertarik dengan akhbar semalam, mengisahkan tentang subsidi dikurangkan dan "MUNGKIN" kenaikan beberapa benda yang sememangnya tetap naik walau apa sekalipun...

Jom kita lihat apa yang telah ditulis di dada akhbar : Berita Harian,

source : BERITA HARIAN

Punca :
KUALA LUMPUR: Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Siapa :
Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.
Sebab :
Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

Hutang~!
Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.



Kesan :
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus. Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.



Tepung dan gula
Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Minyak Masak
Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.Tiada kaitan dengan mana2 company


Tol juga tidak ketinggalan
Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.



Ok, nak lebih lanjut, baca laa link kat atas tdi...dan saya merasa begitu mengantuk....dan selamat malam semua...

2 comments:

Linglung said...

gua rasa nak mencarut je bila baca..bengang derr!!!

xalimx said...

jangan takat mencarut...lebih2 pun takpe...hehehe

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here