Dunia Semakin Laju

Training PL/SQL di I-World Technologies selama seminggu. Banyak ilmu dipelajari, banyak ragam disaksi.

Selama ini kita hanya menyaksikan insan-insan di negara Japan yang kerap berjalan laju kerana mengejar masa, tetapi dengan mata sendiri menyaksikan betapa rakyat malaysia juga sudah terikut-ikut dalam mengejar masa yang semakin singkat, mungkin telah lama dipraktiskan cuma tidak dapat disaksikan dengan mata kepala sendiri.

Menaiki LRT selama seminggu, banyak ragam dan karenah orang diperhatikan, bukan hanya melihat insan-insan cute,cantik tetapi hampir kesemuanya. Ada yang berjalan laju sesudah keluar dari train, ada yang berlari-lari anak, mengejar sesuatu yang aku pun tak pasti (takkan laa nak tanya kowt)...cuma yang pasti, masa kian singkat...

=======================
6 destinasi dalam beberapa jam
=======================
KL-Shah Alam-Segamat-Jb-Kota Tinggi-Segamat

Perjalanan bermula disebabkan ingin kembali ke Johor, selain pulang ke rumah berjumpa parent, terdapat juga 2 misi yang sama cuma hari berbeza, iaitu perkahwinan sedara (sabtu) dan juga persandingan rakan sekelas - Awis (ahad)...

KL (bertolak kol 7pm)
Shah Alam (smp jam kol 8.30pm)
Segamat (smp jam kol 1.30am)
JB (smp jam 5.30am)
Kota Tinggi (smp jam 12pm)
Segamat (smp jam 6pm)
--------------------------
hampir 1 hari perjalanan dilaksanakan dan menyaksikan betapa kemodenan memudahkan urusan tetapi masa yang mencemburui kita tanpa menunggu kita bak lagu :
masa tidak menunggu kita,
dari itu jangan lah leka..
dalam Al-Quran juga turut menyatakan perihal masa,
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)
...renung-renungkan dan selamat beramal~~~

0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here