When Malaysian Call Themselves Malaysian

Rakan chatting Yahoo Messenger (Jun Chang Sio) telah membuat statusnya:

chinese at malaysia cannot call chinese , indian at malaysia cannot call indian

Pernahkah anda terfikir pasal bangsa-bangsa yang ada kat Malaysia? Bangsa melayu, bangsa Cina, bangsa India dan lain-lain bangsa?

Sekiranya anda rakyat Indonesia, anda akan dipanggil "Indonesian", sekiranya anda merupakan rakyat India, anda akan dipanggil "Indian", anda rakyat Amerika, anda dipanggil "American", bagaimana pula dengan negara-negara pelbagai bangsa seperti Malaysia? Adakah kita perlu memanggil mereka mengikut bangsa masing-masing? Mengklasifikasikan nama mengikut bangsa adalah satu kesalahan yang lazimnya tidak diketahui oleh masyarakat Malaysia kini.

Adakah perlu kita memanggil bangsa Cina dengan panggilan Chinese sedangkan Chinese bermaksud rakyat China, adakah bangsa Cina itu sendiri merupakan rakyat China? sudah tentu tidak bukan? Bagaimana pula dengan bangsa India, adakah perlu kita akui mereka ini Indian atau dalam istilah melayunya rakyat India? Sudah pastinya anda menolaknya mentah-mentah pendapat-pendapat seperti ini kerana sudah pasti bangsa India dan Cina yang terdapat di Malaysia ini mempunyai taraf warganegara Malaysia yang sememangnya sudah termaktub di dalam syarat kemerdekaan dan juga kependudukan di Malaysia yang mana antara salah satunya , sekiranya anak itu dilahirkan di Malaysia, maka ia mendapat taraf rakyat Malaysia. (Lupa laa sejarah)

Terpulanglah kepada anda untuk memberikan kata nama yang sesuai tetapi apa yang pasti di sini tidak kira sama ada bangsa melayu, cina , india, orang asli Malaysia, Sabah dan Sarawak, kita semua adalah Malaysian (rakyat Malaysia)

0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here