Dunia Hakiki Zaman Kini

KUALA LUMPUR: Akibat menghadapi tekanan emosi dipercayai berkaitan pelajaran, seorang penuntut perempuan sebuah pusat pengajian tinggi awam di ibu negara cuba membunuh diri dalam bilik asramanya
Apabila perasaan menguasai diri dan akhirnya memakan diri sendiri. Tidak pernah terlintas bagi seorang Islam untuk membuat sesuatu perkara yang bodoh seperti ini sekiranya ia benar-benar berlandaskan agama Islam yang suci dan murni ini. Berbaliklah kepada ALLAH kerana hanya-Dia lah tempat segala pengaduan.

Tekanan batu yang masih berlegar-legar di pemikiran dan akal serta benakku membuatkan aku menginginkan jalan yang mudah dan cepat. Kenapa tidak perlu berusaha sedangkan sudah termaktub di dalam Al-Quran mengatakan bahawa ,

Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya
Maksud ayat Al-Quran

Sudah jelas di sini bahawa ALLAH tidak akan mengubah nasib atau keadaan sesuatu bangsa atau keadaan sesorang itu melainkan jika mereka-mereka ini mengubah nasib mereka sendiri tidak kira sama ada dengan berusaha, bertawakal mahupun apa jua ikhtiar yang perlu ditanam di dalam diri setiap insan.

Barang siapa yang berusaha, maka ALLAH akan membantunya dari segala aspek kerana ALLAH adalah maha pengasih, maha penyayang dan maha pengampun. Janganlah menggunakan akal yang cetek sehingga melampaui batasan agama Islam bagi mengambil jalan yang mudah dalam menangani segala permasalahan tetapi haruslah berbalik kepada tunjuk dan garis panduan Islam itu sendiri.

Lumrah manusia bahawa setiap insan dilahirkan dengan permasalahan, tidak kira sama ada sekecil-kecil masalah ataupun sebesar-besar masalah tetapi harus diingatkan bahawa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah dan di"asbab"kan kepada diri kita sendiri. Tidak terkecuali pun manusia di dunia ini dengan masalah, cuma akal dan pemikiran yang bernas dan berlandaskan hukum-hukum agama sahaja lah yang dapat membantu.


Nota kaki :

Jiran cina depan rumah aku, akak dia (seorang insan yang kuat "sembahyang") telah mati. Salam takziah aku ucapkan. Tetapi yang pelik semasa aku mendengar ceritanya ialah akaknya seolah-olah mengetahui waktu ajal kematiannya. Sepertimana yang aku dengar dan dpt dipahamkan (cakap bi ngan ayah aku) , akaknya(ketika itu berada di HUKM) menelefon semua adik beradik nya dan menyatakan bahawa ingin berjumpa dengan mereka buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas pada pukul 1 pagi. Maka bergegas la jiran aku pegi ke HUKM walaupun sesat smp ke mana ntah, sesampai je depan akak dia, akak dia syukur sbb dpt jmpa dengan smua adik beradiknya dan dengan rela hati menghembuskan nafasnya tepat jam 1.00 pagi.
Kesimpulannya, walaupun seorang cina tetapi dia kuat agama(walaupun agama yang dianutinya itu "kurang"), tetapi dia seolah-olah mendapat petunjuk.


0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here