Holiday

Hujung minggu merupakan hari yang ditunggu2..tak kisah lah sama ada mau pulang ke Johor atau melepek di rumah, merehatkan minda..

tapi hari ni, mengunjungi Melaka bandaraya bersejarah untuk beristirehat bersama rakan-rakan... nnti lah update semula....mau bertolak~

Minyak

Source : Petronas
Kereta : Saga Megavalve 1.3
Jarak   : 200km
perjalanan : 1730-2100



rumah segamat -> rumah selangor (RON 95 RM1.85)= RM20

rumah segamat -> rumah selangor (RON 95 RM1.90)= RM18


adakah kenaikan minyak menjimatkan kadar penggunaan minyak? pelik~!  
mungkin perbezaan dari tekanan minyak kowt, tapi jalan tak jam + bawak maintain je kelajuan...

next trip nak try RON 97 lak...pastu tukar company ke Shell... kita tengok keberhasilan mana yang lebih kilometer. 

Streamyx






Dammit, teruk tul connection Streamyx ni...Pakej 1mb tapi dapat 0.25mb je?  1/4 daripada yang sepatutnya...

PROGRAM MERAKYATKAN FILEMFILEM



FINAS menayangkan kembali filem komedi 90 an “MAT GELAP” lakonan Imuda dan Liza Othman dan ramai lagi pada 27 November 2010 (SABTU) di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman jam 12.00 tengahari. Masuk adalah percuma. Temui bintang pujaan anda di sana.


source : Sinema Malaysia

Azam tahun 2011...

Setiap tahun pasti ada azam baru...


Seperti tahun2 lepas, azam ku adalah :

Azam aku untuk tahun 2011 adalah mencapai azam yang telah aku azamkan dimana azam aku telah diazamkan oleh keazaman yang dipenuhi dengan azam-azam yang tinggi. Azam aku untuk tahun berikutnya merupakan azam-azam yang tidak mampu diazamkan pada tahun sebelumnya kerana pada awal tahun sahaja tahu apa azam, bile dah tengah tahun, terlupa apa azam-azam ku..


Bak kata Azam, "Apa itu azam" ?
Jawapannya : "Azam merupakan sahabat bagi diri kita ketika kita hendak mencapai/mengapai sesuatu"

Emas

Wow, rege emas dah naik untuk 1 dinar... RM614


Setahun yang lepas RM550 untuk 1 Dinar...


Kenaikan 10% tu~!

Kalah dividen ASB...pape pun mmg bagus menyimpan emas nih




nah aku bagi sikit tambahan info pasal GOLD dalam FOREX...tak bape taw sangat pasal graph ni, tapi macam menunjukkan yang tgh turun buat masa nih (H4). kemungkinan next month / year akan boost up to 1430++ akan berlaku...so dah boleh laa membeli emas buat masa sekarang...


jom g mencari emas...




IRON MAIDEN - The Final Frontier World Tour Singapore 2011




DATE
15 Feb 2011
Tue, 8.30pm


DURATION
Approx 3 hrs

VENUE(S)
Singapore Indoor Stadium

TICKET PRICE (Exclude Booking Fee)
Standard - S$178, S$148, S$128, S$98



members JB dah beli tiket... perlukah aku join sama? even though aku tak bape layan sangat lagu2 nih...dulu layan gak laa skit2...kalo ikutkan keadaan kewangan sekarang tersangat2 cukup...

FOR MORE INFORMATION CLICK HERE

Pictures

Wa kebosanan, so upload pictures yang diambil masa makan2 ngan family (Kayu Manis), aktiviti menonton wayang bersama rakan2 ( Marah-marah Sayang) , dan juga meja tv yang dibeli di Giant Hypermarket (Kinrara)


wa dengan bro Ebby Saiful dalam citer Marah-Marah Sayang

Rak TV berharga Rm70 sahaja...senget?

Restoran Kayu Manis

Saya dan mak saya, melantak ikan bawal 800gram..

We're family~~

Santapan Raja Bersiong

8 tahun vs 1 hari

8 Tahun berakhir dengan hanya 1 hari..

Hampir 8 tahun tidak bertemu, dan kini bertemu kembali...rindu kat rakan-rakan sekolah yang pernah sama2 membesar dan mengenal erti kehidupan...Sedar tak sedar, masing2 sudah berkerjaya dan berjaya...aku masih di sini mengenal hala tuju hidup....hurmmmm...

Kronologi aktiviti ~

10.30 pagi : g jmpa rakan-rakan di area rumah Amed,
10.45 pagi : sarapan di BK4
11.20 pagi : bertolak ke KL melalui MEX
11.50 pagi : smp di area2 Coliseum untuk menonton Marah-Marah Sayang anjuran FINAS sempena Program Merakyatkan Filem
12.00 tgh hari : citer Marah-Marah Sayang bermula...
2.00 ptg : merayap area2  Pertama untuk teman Acap shopping barang.
5.30 ptg : smp area Sri Gombak untuk pekena ayam penyet.
6.30 ptg : smp Wangsa Walk Mall konon2 nak men bowling tapi queue 40 org lagi...zzzzzz
7.15 ptg : bergerak dari Wangsa Walk, hantar aku pulang coz jap lagi parent nak smp dr Johor..

Thanks to Mokhlis @ momok, Asyraf @ acap, Faiz Ikhsan @ bombet, Rauf @ raup, Shaik Othman @ Wak Man, Faisal @ Pedot dan juga Amed.



next month cerita Mat Gelap, jom meriahkan~!

Aktiviti larut malam

 Apa aktiviti larut malam??? Menaip isi kandungan blog...
Mode : Happy
Reason : Jumpa kawan2 sekolah menengah.
Masa : 9.30 mlm - 3.30 pagi
Tempat : Alamanda Putrajaya
Aktiviti : Makan, Wayang.
Picture : Menunggu si pemunya camera upload

Cabinet @ Kabinet

Semalam aku n housemate pergi Giant coz nak beli barang peti sejuk skit seperti buah-buahan...bajet barang skit je, so bawak laa bakul je...

Usya laa perabot kat situ, ada laa yang lawa n berkenan di hati... tetiba berkenan nak amik cabinet untuk tv...ukur2 rasa cam muat je tv tu letak atas cabinet... Ada 2 level kat tgh2 dia, so leh laa letak PS2 ngan middle speaker. So amik laa memandangkan rege pun rm69.90... murah laa kowt,


Bawak balik rumah, bersama-sama nik godeh untuk pasang cabinet tu... skali senget skit laa 2 papan tu, maybe orang tu salah tebuk lubang... so tak berani laa nak letak tv atas tu dulu, tunggu smp siap betui2 baru ok~~ baru leh letak tv tu atas tu...

Picture tak dapat nak capture sekarang, tunggu dah susun elok2 baru capture...

Misi berjaya lagi~~~~

Cabinet?

Rasa cam nak beli cabinet laa pulak, letak kat ruang tamu, bagi nampak teratur je semua bebarang...

Beberapa rekabentuk pilihan

1st :


picture Google-ed


2nd

picture Google-ed


3rd - simple
picture Google-ed

4th - ada ke kat Malaysia?
Audio Tv Cabinet (picture Google-ed)

Maybe nak amik yg warna hitam, kalau kayu pun ok gak, tapi baik yg quality leh tahan at least 5-10 years sementara nak cari cabinet yg lg ok...

Tetiba semalam ada member roger pasal Planted Aquarium...menarik~!
picture Google-ed

Bab2 duit insyallah larat lagi buat masa nih, tapi bajet below RM400 lah...harap2 ada cabinet yang sesuai, menarik dari segi reka bentuk & duit...

Sayonara Server 1 Travian Malaysia

Finally, permainan yg aku mulakan sejak tahun lepas berakhir sudah~!..
Keputusan yang amat tidak memberangsangkan bagi persekutuan aku kerana terdapat kekucar-kaciran di dalam Persekutuan...

Kampung asal aku yg hampir 18 biji musnah satu demi satu angkara conflict between SEAL dan persekutuan kitaorg bermula dari salah paham dan permusuhan individu. Dan di pengakhiran permainan, tinggal 7 sahaja...

Here my ranking :

664. xalimx LoSeR© 1408 7

Jatuh dari ranking 200~

Akhirnya pihak musuh ~ SEAL berjaya menguasai perlawanan dan berakhir dengan kejayaan..
anyway, congrats to our team members and trusted players....gonna miss u all~
Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW 4 S.E.A.L™/RAVE™ meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berakhir pada 15:03 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "RAVE WW", "Mohams" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "Mohams" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Gonzal3z" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "over_dos" dan "kongkang".
"astalavista" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kintaro" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pintu masuk dan melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir. Bagi nama nama di atas dan pemegang WW, sila e-mel ke admin@travian.com.my untuk mendapatkan gelaran di forum.travian.com.my.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda


cya in S5.travian.com.my~!!! we'll rock in S5 soon~

Segamat.com

Saje2 sebey website daerah Segamat, before ni malas nak register, tapi sekadar tengok2 je

Since sebelum aku register dah 999, so bile aku register dah jadi yang ke 1000..syiok gak rasanya...

here the screenshot ~

sebelum (999)

selepas (1000)

Accident

 motor yang tiada kaitan dengan cerita - pic Google-ed

Ouch, berlaku depan mata aku... time balik opis tadi, kat Jalan Klang Lama,

Kemalangan kecil melibatkan makcik dan sebuah motor. Berlaku kira-kira 1 meter dari bucu kiri hadapan kereta aku..Actually makcik n husband dia melintas jalan raya - jalan 4 lanes, ...1 lane lepas, toleh kanan coz dia melintas jalan dari arah kiri ke tgh (divider)...pastu 2nd lanes lepas....so dari lane 3rd nak masuk ke lane aku,

husband dia tarik tangan suruh tunggu, since tak nampak kowt2 ada motor laju, tapi wife dia tetap jalan gak...ape lagi, datang motor sauk makcik tu...direct hit...aku tutup muka...takut seh....gile ape tak takut, tu namanya hati kering~!

tergolek motor tu, makcik tu terduduk kena direct hit, husband di papah bawak ke tengah - divider...mamat india bawak motor tu berdiri jap...pandang kiri kanan, tengok makcik tu ok je, dia angkat motor, trus blah...(ni aku usya dari side mirror je)...aku tengok motor tu patah side mirror both side...

bagi aku, yang salah adalah makcik tu yang melintas kat tengah2 jalan tu...motor tu lak smooth je lalu kat between 3rd n 4th lane...mmg ok je kowt kalo makcik tu takde...tapi malang depan mata aku lak tu....haishhhh...gerun lak aku...

Open House di hari-hari terakhir Syawal

Syawal bakal berakhir, sesi beraya dan open house pun semakin rancak...hari-hari terakhir ni lah yang membuatkan semua rasa gumbira...

Perancangan utk berconvoy raya 2minggu telah dilakukan. Sekadar perbincangan kosong yang semakin serious dan akhirnya menjadi kenyataan. Perbincangan bukan face2face tetapi Skype as medium perbincangan. mudah dan pantas, memandangkan masing-masing tiada masa untuk berjumpa. dan kata sepakat telah ditetapkan. Perjumpaan di kawasan Wangsa Maju jam 7.30 pagi (wow~! semangat raya)

Kronologi Raya :

6.45 pagi - bangun pagi siap2 semua
7.15 pagi - bertolak naik LRT ke Wangsa Maju
8.30 pagi - sampai Wangsa Maju terus menapak ke rumah Qus, semua dah menunggu, maaf guys, train lmbat.
8.50 pagi - bertolak ke Gombak, Safa menunggu di sana (aku naik kete Zu yg dipandu Fik...kete baru~!)
9.00 pagi - Safa di Gombak sudah menunggu dengan kereta barunya...bertukar ke kereta Safa...juga baru~!
9.30 pagi - berenti di Petronas Genting Sempah kowt...isi minyak dan bertukar driver, sayalah pemandunya...
10.45 pagi - tiba di rumah Qus, makan lontong + mee goreng + nasi putih + ikan patin masak tempoyak, thx~!
11.15 pagi - bergerak ke Segamat, lalu jalan lama Temerloh - Maran - Gambang...menahan kencing, igtkan nak berenti kat R&R Temerloh, skali tak masuk highway laa pulak..
1.30 ptg - sampai Gambang....semua g cari toilet...dammit...lama tahan~!
2.00 ptg - bergerak ke Segamat.
3.00 ptg - tepat  4 3 ptg sampai di Muadzam
4.00 ptg - smp Segamat dan direct ke rumah....solat dan makan2..thx mak & ayah sudi layan rakan-rakan anakmu~
5.30 ptg - bergerak ke Batu Pahat lak...umah Ju Ju..hehehe...lalu Pagoh, Kangkar Senanga, exit parit Sulong
7.00 ptg - smp umah Ju, dan suasana kampung~! syiok...aman tenteram..solat dan memerut di surau....pastu makan soto mee sup sambil menangis...pedas~!
9.00 mlm - bergerak ke rumah Safa..rumah kampung gak, nyaman di sapa angin malam kampung, indahnya~!...
10.00 mlm - bergerak pulang...masing2 ingin pulang ke teratak masing2...aku kembali ke Segamat...

Nah, ini lah gambar untuk santapan korang...kredit tu Epui...


Rumah Qus di Temerloh
Rumah ku~


Rumah Ju
Rumah Safa...

Demam

Buat keje gile....terbaik lahhhh

pergi balik Selangor - Segamat kurang 12 jam...

Kronologi :

8.00 pagi - kluar dari umah, thx mat jep coz hantarkan aku pegi bus stesen kat Bukit Jalil
8.30 pagi - dapat tiket kol 8.30 pagi, trus berangkat naik bus Transnasional.
11.45 pagi - sampai Segamat, naik teksi balik rumah, wow RM12~!!!
12.30 tgh hari - thx Khalis pick up aku kat rumah untuk g kenduri kahwin Dina + Bud
4.30 ptg - balik rumah lepas puas melantak kat kenduri kawen Dina + Bud
6.30 ptg - kluar dengan parent untuk g makan and hantar aku g stesen bus Segamat.
7.30 ptg - naik bus untuk balik Selangor.
11.30 mlm - smp Bukit Jalil, thx Nik pick up aku....

owh yeah, bawah ni picture kenduri kawin Dina, taken from facebook. kredit to empunya pic


Kenduri Kawin

 picture Google-ed




Mari listkan kenduri kawin rakan-rakan yang akan berlangsung...

26/9 - Dina (rakan SKKJ) , Skeba (rakan SMKAJB)
2/10 - 3/10 - Azah (rakan SKKJ)
10/10 - nama terpaksa dirahsiakan  ats permintaan (rakan ofis) , Shahriful Rizwan (rakan SMKAJB), Irene (rakan SDBDS), Nazri Amin (rakan SKKJ)
23/10 - Adzlin (rakan SKKJ)

kalo ada rakan-rakan yang nak langsung tapi masih tertinggal dalam list, roger me please..

Misi Selesai

Misi kedua selesai, apakah? Misi untuk melancong... misi pertama, tv lcd...

Ke Singapura? perjalanan tak dirancang, actually perancangan untuk melancong pada bulan 12 atau ujung2 tahun... tapi memandangkan dah dapat cuti panjang sempena raya nih, so pulun je pergi ke sana, + saje nak penuhkan passport berharga rm300 - ada bape puluh muka surat ntah...hehehe

Kronologi Perjalanan :

9.30 pagi : bangun tido (kat umah abg)
10.30 pagi : baru kluar rumah (rumah abg)
10.45 pagi : smp Stadium Larkin untuk jumpa Najib
11.00 pagi : sarapan kat Larkin Plaza pastu tukar duit 100 dollar Singapura
12.00 tgh hari : masuk Singapura... hari hujan...+ sesat nak cari Orchard Road
12.40 tgh hari : jumpa Orchard Road, jalan2 kaki area sn, dpt beli parking kupon utk 2 jam... hari still renyai2 je..., merayap kat area2 sn, masuk kuar buildings je..



 





2.15 ptg : merayap nak pergi tempat2 lain, tapi tak jmpa + GPS nak abih bateri, direct ke Sentosa Island

4.30 ptg : smp Sentosa, skali masuk $6... parking kat Beach Park $3 utk 4 jam pertama...murah kowt.. pastu jalan2 kat area tu, memula g Siloso Beach...dammit, ramai dak2 lelaki lak, maybe NS diaorg kowt...ilang selera nak tgk awek berbikini...shhhhhhhhhhhhh, pastu menapak smp ke underwater world...tengok penyu apa kebenda ntah, besar gaban...pastu igt nak masuk, skali tgk $22.50 ~ RM 52 laa lebih kurang...since budget ciput, so tak jadi... so jalan2 je tengok tepi laut...








6.00 ptg : pergi jalan2 kat Universal Studio Singapore (USS) tapi tak masuk coz cost skali masuk $72... bergambo kat dpn Hard Rock Cafe Singapore, pastu The Lake Dream, pastu g kat Merlion tapi replica nya lah....yg real nya tak taw kat ne, GPS lak dah kong~!








7.00 ptg : kluar dari Sentosa + GPS dah abih bateri, tmpt rokok kete Najib lak problem, so sama2 laa redah jalan...masuk highway kuar jalan biasa...kena ERP tak taw bape, takut tak cukup je Auto Pass tu...

7.30 ptg : singgah kat The Verge - nak redakan ERP dulu + jalan jem, so lepak kat situ ~ rupanya kat Serangoon Road je kowt, Litte India...wow, mmg Litte India, jalan2 melihat alam~~~tanya kat security situ camne nak g ke Woodland, senang je rupanya....straight je dari Jalan Besar pastu masuk ke Jalan Orchard pastu jumpa signboard Woodland..




8.00 mlm : bertolak lalu jalan yg dibagitaw...

9.00 mlm : masuk Tambak Johor...tapi tak bape sure jam bape, tengok motor beratur panjang...ish3x, susah gak erk...masuk2 je Malaysia, rasa tenang yang amat...tak taw nape..maybe sbb tanah air sendiri kowt..hehehe
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here