Sayonara Server 1 Travian Malaysia

Finally, permainan yg aku mulakan sejak tahun lepas berakhir sudah~!..
Keputusan yang amat tidak memberangsangkan bagi persekutuan aku kerana terdapat kekucar-kaciran di dalam Persekutuan...

Kampung asal aku yg hampir 18 biji musnah satu demi satu angkara conflict between SEAL dan persekutuan kitaorg bermula dari salah paham dan permusuhan individu. Dan di pengakhiran permainan, tinggal 7 sahaja...

Here my ranking :

664. xalimx LoSeR© 1408 7

Jatuh dari ranking 200~

Akhirnya pihak musuh ~ SEAL berjaya menguasai perlawanan dan berakhir dengan kejayaan..
anyway, congrats to our team members and trusted players....gonna miss u all~
Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW 4 S.E.A.L™/RAVE™ meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berakhir pada 15:03 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "RAVE WW", "Mohams" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "Mohams" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Gonzal3z" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "over_dos" dan "kongkang".
"astalavista" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kintaro" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pintu masuk dan melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir. Bagi nama nama di atas dan pemegang WW, sila e-mel ke admin@travian.com.my untuk mendapatkan gelaran di forum.travian.com.my.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda


cya in S5.travian.com.my~!!! we'll rock in S5 soon~

0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here