Hari Jumaat

Taken from somewhere.



Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari malam lailatulqadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Sama ada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).
Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran. Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).
 Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.

0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here