Rakan Maya Menjadi Rakan Realiti

Permainan online selalu dikaitkan dengan masalah perhubungan, perhubungan dari segi realiti bukannya secara atas talian (online). Namun begitu, perkara sebegini sudah jarang berlaku lagi terutama mereka yang kini sudah mampu berfikir dalam mencari teman, bukan beerti teman hidup, mahupun teman tapi mesra, tapi teman seperjuangan, bak kata orang-orang tua, berkawan beribu, berkasih biar satu..


Game travian yang di invite oleh Octopus aka Aiman, membuatkan aku kembali beraksi di pentas game online, bukan RPG, MMORPG mahupun FPS tetapi text-based game. Tiada pergerakan, permainan berkisarkan tentang pembangunan sesebuah kampung dilengkapi askar untuk menyerang dan bertahanan sehingga permainan tamat.


Di sini , perkenalan demi perkenalan terhadap rakan-rakan sepermainan terutamanya di dalam clan / persekutuan. Memasuki team BKB kemudian beralih kepada RAVE dan sekarang LTTE. Perkenalan dengan pemain lain berlangsung melalui Skype bagi menudahkan urusan perbicaraan, perbualan mahupun sebarang bentuk strategi...

Dan buat pertama kalinya, aku sendirian menemui hampir 8 orang pemain travian dari SEAL, bukan untuk mendapatkan perlindungan tetapi sebagai perjumpaan sesama rakan. Tiada niat terselindung, hanyalah memperkenalkan diri sebagai salah seorang pemain Travian...

B** 20

Sibuk arini, just sempat buat kerja je, la ni dah kurang sibuk sikit walaupun memang ada kerja...function alt + tab digunakan untuk membuat kerja bile bosan dah ilang,

Pernah terfikir untuk memiliki kereta baru, tapi berhutang laa pulak, owh, tapi tak berminat sangat dengan kereta baru, cuma berminat dengan no plat sahaja, maybe kalo ada sen lebih nak beli no plat B*R 20, tak kisah laa * tu mewakili huruf apa. since my big bro dah angkat kete bernombor 20 gak, so igtkan nak matchkan utk kami ber3 adik beradik....hopefully tercapailah cita2...sambil2 blogging ni, sempat gak survey rege no plat kalo 20 ni, mahal gak laa...lepas nak beli sebijik kete....

pastu bile ada rezeki lebih, leh belikan untuk adik lak, no plat 20, baru ngam bile balik kampung, semua no 20...menuju wawasan 2020, at least ada gak laa nostalgia bile dah tua nnti....

macam ayah aku lak suka kumpul 4470 since umah yg dia sewa dulu bernombor 4470, pastu plat motor dia pun 4470, n kereta saga ayah pun bernombor 4470...so nostalgia....

Semuanya baru

Tiada kata selain bicara,
Tiada kata selain renungan,
Tiada kata selain tatapan,
Tiada kata selain bantuan,
Tiada kata selain sendirian,
Tiada kata selain kerinduan,
Tiada kata selain kemaafan,

Tiada apa yang dapat aku ungkapkan, mungkin satu kemaafan tidak bererti bagi mereka, namun apakan daya, aku hanyalah insan kerdil yang tidak bermaya.

Memohon kemaafan agar dihargai,
Pengorbanan lalu dipandang sepi,
ku rela mengundur diri,
mencari sesuatu yang tak pasti,

kekeringan idea untuk menaip, aku rasa seperti terpukul dengan kata2 mereka, kata nista mendustakan sesuatu yang cuba aku tegakkan, menidakkan sesuatu yang pasti, tak mengapalah, aku hanyalah insan yang menumpang kasih di dunia ini, tiada erti kehidupan yang mampu diungkapkan selain keindahan mencari realiti.


kepada si dia, aku meminta maaf bukan niatku untuk menyakitkan hatimu, bukan niatku untuk menyatakan sesuatu. bukan niatku untuk meninggalkanmu, hanya luahan emosi yang tidak stabil.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hurray~!!!
Ada rumate baru~!!  - Nik Nafis~~~
Ada jiran baru~!! - Indian~~~
Ada niat baru~!! - Membazirkan~~~

la ni kena mencari sesuatu yang lagi baru....

Rasa Ingin Membazir

Membazir amalan syaitan, ya aku taw pasal ni, bukan selalu aku diingatkan dengan ayat ni, tapi acapkali dilontarkan dengan ayat terbabit. Bukan bermaksud yang aku ni seorang yang suka membazir mahupun boros tetapi sebagai peringatan...jika tidak, masakan aku mampu mempunyai simpanan yang agak sederhana buat masa ni (bujang boleh laa ngaku kukuh~~~)...akan dtg?

tapi sejak akhir2 nih, rasa macam takde langsung simpanan dengan gaji yang ada ni, cukup memang cukup, tapi ujung bulan je pasti habis. Memang ada simpanan sebanyak sekian2, memang tidak dinafikan...tapi mana pergi yang lelain? takkan abih sebegitu saje...so igtkan dari membazirkan sesuatu yang tidak nampak, alangkah baiknya sekiranya membeli sesuatu yang kita nampak....at least ada gak untuk ditunjuk...

so, rasa nak membazir untuk membeli "sesuatu", mungkin sebelum ujung bulan ni....watch out~

Internet Sangat Lembab

Kisah bermula pada semalam dan hari ni, penggunaan internet yang limited membuatkan diri rasa tertekan, mengapa ini harus terjadi? apsal dengan teknologi yang kian moden ni masih lagi payah untuk membekalkan sesuatu yang berkualiti? kenapa mesti membuatkan customers terseksa. ini bukan kisah orang lain, tapi aku sebagai pengguna...

rasanya dah berbakul makian dilontarkan bukan oleh aku, tapi orang lain gak... sebab ape? services internet ni really sucks~! slow, even nak Google pun slow teramat, nak kata server Google bermasalah, itu sudah tentu tidak mungkin... tapi kalo nak kata ISP yang buat hal, itu sudah pasti...

So malas nak berkata panjang, just nak bagi taw, please laa provide benda yang dah ada ni dulu dengan stabil, apa yg customer minta, itu yg customer dapat.. takyah nak meroyan nak buat something yang "LAJU"...

Mungkin buat masa ni tiada saingan, kalo ada saingan CONFIRM lingkup kalo takde perubahan terhadap benda paling basic nih....

nota kaki : tiada kaitan antara yang hidup dan mati, hanya mimpi yang takkan menjadi kenyataan...

Pertemuan antara dua rakan

Last week, kawan ada call bgtaw yang dia ada OJT kat sini, since dia pun dari jauh, so igtkan nak jumpalah last week, tapi last week aku lak balik kampung, so tak dpt laa nak bertemu dengan kawan ni....sorry ya~~

Pastu hari khamis kelmarin, dia call lagi, kata jumaat dia cuti so nak ajak jalan2 KL, tapi nak buat macam mana Jumaat adalah hari bekerja, so tak dapat nak jumpa n lepak ngeteh or jalan2...sorry again~~

Tapi semalam, dapat msg kata nak jumpa, dan aku pun tak plan pun nak jumpa, since member dah bertahun n tak penah jumpa langsung, so tergerak laa hati nak kluar, walaupun dah kol 10 mlm, luckly dia lepak kat tmpt keje dia n malas nak jumpa awal2, so after dia keje lah dia kata jumpa...so its ok, aku pun dok menunggu housemate yang baru je masuk menyewa skali balik...kowt2 nak ajak lepak sekali...tunggu punya tunggu jam dah kol 11....so takpe lah, kawan pun tak balik lagi..tapi Nik dah smp umah..roger dia ajak hang out skali...go on je dia kata....cun la bro!

jam 11.18 dpt msg ajak jumpa...start kete trus gerak...dekat je, 15minit je kowt...tu pun tak smp 15 minit...
ya for the first time jumpa member ni....tgk dlm mms cam tinggi je orgnya, tapi cute2 saje...hahahahaha...new hair cut, nice...

lepak kedai makan smp jam 2++ , fuhh, terkebil2 mata menahan ngantuk...tapi ok je kowt sbb pekena nescafe o....pastu before balik, member ni bagi laa sekotak Dunkin' Donut dalam tu ada 6 ketui, sepatutnya 7 tapi dah ngap 1 ketui masa lepak2 tu...


Anyway, nice to meet u my fren!

Hari Jumaat

Taken from somewhere.



Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari malam lailatulqadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Sama ada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).
Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran. Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).
 Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.

Sesuatu yang baru!~

Huaaaaa, berada di rumah, Segar amat @ Segamat.... best sesangat, balik kampung jumpa parent, makan kek lapis Sarawak yg baru dapat...nyum2..

Pagi tadi pergi ke kebun, owh, dah lama rupanya tak menyinggah ke kebun di Segamat ni. dengan hanya memakai jean + tshirt berkasut hitam ala2 PCK, kerajinan untuk menjolok manggis utk dimakan semakin terserlah, ala2 gaya petani moden, dapat laa dalam sebeg plastik ala2 plastik hitam tu... tak lah banyak sangat tapi kalo nak makan sorg tu teramat lah banyak... ada laa dlm >50 biji walaupun ada lebih 10 pokok tapi pokok kecik2 lagi.... tak taw bape kilo, nak jual tak berbaloi coz sikit sangat...nak jual boleh tapi manggis  yg kat Jorak lah...baru puas~! kurang2 dapat 200++... berbaloi2~~

balik tadi terpk pasal duit, huuuu, rege minyak naik, rege gula naik....gula maybe tak kisah sgt, tapi minyak tu, walaupun aku tak makan minyak tapi kete aku makan minyak...adeh...minyak minyak dan minyak...5 sen je naik..syukur tak tinggi melampau..+ kete pun takde laa kuat makan minyak sangat.. so maybe kena alter budget utk bulan2 akan datang... smp kat umah terpk pasal loan asb ni, hurmmm ada sesuatu yang menarik...cuba mengolah sesuatu kepada sesuatu...macam mana ya?

loan asb - 50k
minimum dividen yearly - 7%
bayar loan guna duit sendiri - 288 bak kata asrol ( 3456 utk setahun )
setiap kali dividen dpt - transfer masuk dalam ASW
Asw - 6% dividen

jom kita tengok hasilnya :



Pic atas ni menunjukkan 5 tahun utk ASB + ASW (click image to enlarge)


Yang ni lak menujukkan 5 tahun ( sila abaikan tahun ke-6 hingga 10 ) bagi simpanan di ASB sahaja (click image to enlarge)


so mana satu yang terbaik? gabungan ASB + ASW rasanya...cuma pandangan newbie since takde pengalaman, hanya berdasarkan pembacaan...

Bil yang percuma

Syukur......bulan lepas ( bulan 6 ) ,hanya seminggu je berada di rumah ni...so penggunaan eletrik berkurangan sama skali...

semalam dapat bil eletrik, pelik sebab -RM26.36.... apsal lak negatif ni...rupanya takyah bayar.... reason is "DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA" ....thx kerajaan Malaysia...sangat2 menghargai, dan saya tidak akan membazirkan tenaga begitu sahaja (reason sbb takmo bayar duit eletrik).....

bil eletrik bulan ni (tnb online service)

ni lak history bil2 yang ada (tnb online service)


Bil air seperti selalu , kurang daripada 20meterpadu...so kerajaan negeri Selangor tanggung...syukur lagi...tiap2 bulan bil air

so duit yang tak digunakan utk bil2 ni dimasukkan ke ASB....simpan menyimpan utk hari tua..

so skrg yang tinggal hanyalah bayaran sewa rumah dan juga bil ptptn...

hopefully Nik join menyewa bersama-sama bulan 8 ni, so dpt lagi berjimat cermat....syukur... 
Tadi tengok Galaksi sekejap...taw2 dah nak abih, before abih, Galaksi paparkan video clip Rasopariso by XPDC ...
lagu ni dah lama, tapi lirik dia menarik...



Aku dan Pelaburan

Salam...

Suka sangat dengan matematik sehinggakan semua benda nak dipikirkan dengan pengiraan. So dalam hal pelaburan ni, banyak yang nak kena kira-kira lagi2 bermain dengan excel. Syok lak rasanya bile tengok formula dalam excel ni cun je mengira dengan jayanya...

So ni la hasil pengiraan sekiranya membuat Loan ASB sama ada di maybank mahupun melalui easy-rhb...tak taw laa kalo pengiraannya betui atau tidak tapi mengikut kefahaman memang keadaan seperti demikian...so fikir2kan lah mana satu yang boleh mendatangkan manfaat di masa hadapan...

Download file excel berikut untuk melihat contoh pengiraan :

http://www.mediafire.com/file/yyuwjgyny2m/asb.xls

Aku ke sana lagi

Syukur alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya aku dibawa kembali ke sana iaitu tempat penuh barakah... Pemergian pada tahun 1994, beerti sudah hampir 16 tahun sepeninggalanku. Subhanallah, Alhamdulillah, semua rasa ada dalam diri ini, tidak kurang juga rasa ingin menitiskan air mata...



1994 2010
Penerbangan MAS Saudi Air
Pakej Misbah Andalusia
Waktu Penerbangan Terlupa 1510
Penerbangan 8 jam 8 jam
Kedudukan dlm pesawat Tepi tingkap Tengah
Keadaan dlm pesawat Sangat jakun! Biasa biasa



Jeddah

Airport Tidak secanggih Airport Subang Masih sama tidak secanggih KLIA
Makanan Kat tepi jalan (time tu sape muntah ntah) Alhamdulillah makan nasi ayam
Perjalanan ke Madinah 7 jam, smp nyaris2 nak subuh 6 jam, ada sejam lagi utk lepak2 sebelum azan kedua



Madinah

Hotel terlupa Durraz Fayroz Hotel
Kedudukan Hotel Barat Masjidil Nabawi Selatan Masjidil Nabawi
Pintu masuk ke masjid Betui2 sebelah makam Rasulullah King Fahd gate
Suhu sekitar 30 darjah hampir 45 darjah
Suasana Aman damai Sibuk + kepanasan melampau
Ziarah Makam Rasulullah, perkuburan Baqi' (tengok sblh pagar je), dan macam2 tempat lagi Makam Rasulullah, perkuburan Baqi' tengok dari jauh je coz ada pagar tinggi sangat, dan macam2 tempat ziarah lagi
Kenangan Terpegang jenazah, solat belakang imam, ada sujud tilawah, solat jenazah, hujan! Pegi makan nasi daging kibas + unta, pegi minum susu unta, pegi tengok ladang unta, pegi bukit magnet, tengok tempat pembuatan Al-Quran, lalu dpn Universiti Madinah, thx to Akmal adik Faisal coz bawak kitaorg jalan2



Mekah

Hotel tak igt Al-Hijjaz Palace Hotel
Kedudukan Hotel

Pintu masuk ke masjid Babul Salam King Abdul Aziz Gate
Suhu suam2 kuku melewati 51 darjah
Suasana biasa2 teramat sibuk, bulan Rejab
Ziarah semua tempat pegi tak dpt nak pegi tempat melontar coz tgh renovate
Kenangan lalu jalan beratap, makan ayam golek, beli kete control, pegi dengan arwah atuk abah,atuk mak n atuk ngah, dpt tengok telaga zam zam, kucup hajarul aswad, solat dekat area lantai bawah, tertdo time solat subuh, sujud sajadah, tak dpt nak follow ayah n along usung jenazah ke kuburan Ma'la, Pegi ziarah Gua Hira' tapi tak panjat, solat di tingkat 2 masjidilharam, dapat naik tingkat atas masjid, camera kena rampas ngan polis masjid, cakap malay dengan arabian, bangladeshian, etc


Biarlah hanya gambar bercerita :

Di Malaysia :




Jeddah



Madinah


advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here