Aku dan hanya aku

Memalam ni tetiba terasa nak cerita pasal negara, negara mana? negara sendiri lah, takkan negara orang lain pulak...dah sini je negara yang saya menetap, bukan nya saya ni nomad, apatah lagi pendatang asing...hehehehe

Tertarik dengan akhbar semalam, mengisahkan tentang subsidi dikurangkan dan "MUNGKIN" kenaikan beberapa benda yang sememangnya tetap naik walau apa sekalipun...

Jom kita lihat apa yang telah ditulis di dada akhbar : Berita Harian,

source : BERITA HARIAN

Punca :
KUALA LUMPUR: Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Siapa :
Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.
Sebab :
Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

Hutang~!
Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.



Kesan :
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus. Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.



Tepung dan gula
Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Minyak Masak
Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.Tiada kaitan dengan mana2 company


Tol juga tidak ketinggalan
Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.



Ok, nak lebih lanjut, baca laa link kat atas tdi...dan saya merasa begitu mengantuk....dan selamat malam semua...

Siapakah Yang Bersalah?

Credit to iluvIslam


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga (bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?(tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.


Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.
Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

Sekadar renungan bukan berpihak kepada mana-mana pihak...credit to iluvIslam,

Aku generasi ke berapa ya?

Dulu rajin gak tanya kat arwah atuk, nama-nama atuk nenek moyang...syukur sebab dia dah bekalkan salasilah keturunan saya sehingga generasi ke-7 atas saya...mungkin kita ni bersaudara jauh, tidak melalui atuk, maybe nenek, moyang, oneng2, atau atau lagi tak taw laa pulak nak panggil ape...grand grand grand father kowt....

so tetiba terpanggil nak letak susur galur nama sahaja...so sekiranya ada antara kita yang tersangkut dalam list, leh laa mengaku sedara ya....

ABDULLAH
(tak dikenal pasti nama sebenar)
|
Lighin
(maybe Bugisian, dan ya aku keturunan bugis)
|
Hj Alam
(maybe tertukar dengan Hj Abd Aziz)
|
Hj Abdul Aziz
|
Hj Taib
|
Hj Muhammad
( panggilan orang kampung Atuk Rokok, kuat isap rokok)
|
Hj Hamdan
(atuk saya, cikgu Hamdan)
|
Hj Abd Aziz
( inilah ayah saya...love my dad)
|
Abd Halim
(sayalah ini, tak g haji lagi....)

ya, sayalah keturunan ke-7 yang saya ketahui laaaa, yang Abdullah tu saya tak taw, so letaklah sebagai Hamba Allah...

kalo pakcik/makcik/atuk sedara/ spupu sepapat yang mengetahui keturunan ini dan ada kesilapan, mohon kemaafan dan harap diperbaiki..hehehe

Era-90 an


Subculture – Baby Don’t Go



Tetiba aku teringat kumpulan ni... teringat lagu2 diaorg yang memula aku dengar dalam kaset (warna merah) secara curi2 takut ketahuan oleh parent + abg aku guna radio yg main guna kaset je (time ni tak wujud lagi cd/dvd) sambil baca lirik dia kat kertas yang disertakan skali dalam bekas kaset tu...owh ya, masa ni aku sekolah rendah sekitar tahun 97-98.. time ni aku tak taw lagi ape itu punk rock, metal, malah balada pun aku tak kenal lg...sibuk main2 ngan kanak2 lain sbb aku pun kanak2 lagi time tu...

salah satu lagu yg aku dok hafal - Subculture = Subtance Seducer (try google laaa)...

masuk sekolah menengah form 4, terjumpa ngan bebudak metal/skin etc lak (respect sama bebudak SMKA laaa) ...ckp laa yg aku pun penah gak laa layan2 lagu underground ni , contoh Subculture... terkejut diaorg...ehehehe...

dan setelah berbelas tahun, ku mencari semula lagu2 dan lirik2 secara digital , lets google and found it...la ni dok layan lagu diaorg lak...memories came back...

Bukan Menidakkan

Skype : Satu alat perhubungan yang unik, mudah dan senang, leh buat calling2 malah berdiskusi sesama rakan...

ya, aku juga menggunakan skype untuk berinteraksi, walaupun maya, tapi seperti realiti...terutama perbincangan mengenai kerja mahupun kehidupan...dan aku sebagai gamer Travian, tidak terlepas dari menggunakan medium ini untuk berinteraksi sesama rakan seperjuangan. Ya, perbincangan demi melancarkan misi, peperangan mahupun bantuan, mudah dan pantas. Tetapi tidak semua perbincangan berunsurkan perkara-perkara lagha. terselit juga kata-kata nasihat dan juga kata2 ilmiah setelah puas berdiskusi mengenai game yang dimainkan..

SKANG AKU TGK SEJAK __________________ PEGANG, MASJID DAN SURAU DAH DIIMARAHKN
[0:37:21] azif: X MCM DULU
[0:37:30] azif: BUAT X NMPK JER
[0:37:44] azif: LEBIH UTAMAKN PROJEK PEMBANGUNAN
[0:37:55] azif: PEMBANGUNAN AHKLAK XDE
[0:38:26] azif: SKANG KLU NK TAU DAH SEMAKIN RAMAI GAY DAN SEMAKIN RAMAI LESBIAN
[0:38:44] azif: MMG SATU BUDAYA YG MENAKUTKN
[0:38:59] azif: BOLEH TERBALIK BUMI MALAYSIA
[0:39:43] azif: APE SEBENARNYER YG KITE MAHU KT DUNIA NI
[0:39:59] azif: KITE LEBIH KEPADA DUNIAWI YG MELEKAKN
[0:40:30] azif: SAMPAI KITE LUPA APE TANGGUNG JAWAB KITE DIMUKABUMI INI
[0:40:41] azif: SAMAPI KITE LUPA BATASAN
[0:40:58] azif: SAMPAI KITE LUPA HUKUM
[0:41:32] azif: SAMPAI ADE YG X BERHATI PERUT PUN ADE
[0:41:57] azif: NI KER 1 MALAYSIA YG KITE MAHUKN
[0:42:12] azif: 1 MALAYSIA YG HANYA PADA KATA2
[0:42:23] azif: DAN MAKSUD NYER
[0:42:35] azif: KEARAH KEMAKSIATAN ATAU PUN KESESATAN
[0:43:33] azif: APE YG KITE SAYANG KN SEBENARNYER
[0:43:45] azif: CUBELAH KITE SUME RENUNG KN SEDIKIT

serba sedikit coretan dari rakan game, tidak ku kenali siapakah ia, tidak ku pasti raut wajahnya, tetapi yang pasti, seAgama..

Kaya?

Anda dilahirkan sebagai manusia. Berusia dalam lingkungan 20tahun - 40tahun.

Soalan:
Apakah yang akan anda lakukan bagi memiliki sebuah kereta seperti gambar rajah dibawah?
Anda tidak dibenarkan sama sekali mengunakan jalan pintas atau dari sumber kewangan yang tidak halal.



A. Jika anda memilih untuk berniaga nyatakan jenis perniagaan anda, bagaimana ia bermula, keuntungan, dan lain-lain.
B. Jika anda memilih untuk bekerja anda sama sekali sudah gagal dalam ujian ini.

Karang stategi anda tidak kurang dari 500 patah kata.
Masa menjawab 1 jam 30 minit.

==================================================

perlukah aku mengarang?

biz internet -> dpt modal + untung -> bukak syarikat sdn. bhd -> perbesarkan ->franchise -?> syer -> international

RM2000


Rm2k??

Nilai RM2000, nampak cam sikit, tapi bagi insan biasa, wow~!! RM2k...byk leh beli ngan nilai RM2k ni...

leh simpan stock makanan utk 4 bulan (sebulan rm500),

selain tu, leh bayar duit sewa rumah 4 bulan gak (rm500 kalo cam aku ni dok sesorg, ntah bile nak cari housemate pun tak taw laa, sunyi lak dok sesorg ni) ,kalo sewa umah rm200, leh 10 bulan!...dekat setahunnya duit sewa tu...untung tuan rumah, takyah dok ngan ingatkan penyewa dok bayar sewa umah....

bayar duit muka kete, kete ape duit muka RM2k erk??? tapi ada dgr 0 downpayment, so rm2k ni leh bayar duit bulan2 kowt...kalo sebulan rm500, 4 bulan gak dpt bayar dengan nilai RM2k ni...

apa lagi leh dibuat dengan RM2k? beli tiket air asia, g Bali? Bandung? Sabah? Sarawak? dicampur dengan duit perbelanjaan? lepas gak tu...

tapi dalam hati teringin nak beli handphone baru...berbaloikah? handphone utk ape? calling2? smsing? facebooking? business? melaram? canggih? Iphone? Blackberry? tak dapat jawapan...

DSLR? kawan suruh beli dslr + mmg nak angkat dslr pun, tapi utk ape? berbisness menembak? modal dslr seketui dan bisnes menembak pun bermula...tapi rajinkah aku? bijakkah aku untuk menembak??

so apa pandangan korang? apa perlu dibuat dengan nilai rm2k ni?

Segamat Tanah Tercinta

Salam perkhabaran dari Segamat,

owh yeah~~~ berada di Segamat yang masih lagi dilanda kemarau, dapat dilihat air sungai Segamat semakin cetek, dah nampak batu kat dasar....tapi pengaliran air masih lagi jelas dan deras...

Tak terpk nak balik Segamat, ingatkan nak lepak rumah je weekend ni, + NikKorn kata nak lepak rumah... tambahan lagi andika kata nak datang KL, tak lupa gak NikKorn ajak g KLCC ada event ape ntah.


Time kat opis pun tak terpk lagi nak balik Segamat, last minute decision, kol 4.30ptg~! teringin nak balik Segamat sbb terpk mother's day, lagi pun dah sebulan tak balik Segamat ni...buat keje as always, siapkan mana yang patut, kak jie pun dah sudah mengajar pasal network HSBB + system skali...thx kak jie =)

pas siap2 keje semua, farah ajak balik, so lets go~!!! balik tepat jam 6.30 ptg, walaupun jumaat sepatutnya balik jam 5...eh, awal rupanya aku balik....

jalan a lil bit jam, tengok kedit lak takde, nak singgah beli topup malas, sms kat adik tapi dia pun tak taw nak topupkan camne, seb baik ada "kawan" sudi topupkan, dan dah ganti balik pun bile sampai umah...thx a lot~~, mudahkan bile ada kawan2? topup demi keselamatan, sekiranya berlaku perkara yg tak diingini, at least dapat laa contact orang yg betui rite?? hehehe...JANGAN SMS TIME MEMANDU, bahaya wei...

jalan hujan skit kat area N9 nak masuk Melaka...n kat N9 area2 gemencheh...huhuhu drive sesorg lak tu, malam, walapun biasa drive malam, cuma takut ada sesuatu je iaitu ngantuk =P

smp segamat kol 10.15 gak laa, pemandu semua masih lagi memandu diparas normal, cuma aku je keje menyelit kiri kanan (terikut2 pemanduan kat KL)...sampai rumah dengan selamatnya...

sampai2 mak dan tunggu kat depan umah... rindu~~~~... salam, cium tangan mak...pastu ayah lak balik....hehehe

makan2, dok beborak, pastu masuk bilik dan tidur....

Bil-bil

Baru jap tadi bayar bil eletrik...through online laa....takde masa nak kuar g tempat2 pembayaran bil, tambahan pula kete takde minyak, malam ni kena kuar g tuang minyak, tak leh tuang time panas, nanti wap je yang masuk.... tu nasihat ayah laaa.... =)

ni contoh pembayaran bil eletrik melalui CIMB, rm30...(time ni duduk 3 orang lagi)


bil eletrik bulan March melalui m2u, owh yeah, RM35.85 (duduk 3 orang)


dan yg ni lak bulan April, RM25.50 (duduk berdua)


dan kita nantikan bulan Mei nya bil eletrik, kita tengok bape banyak yang digunakan, duduk seorang...


Kari Ayam...



Hari ini cuti sebab TM suruh cuti, reason coz ada meeting untuk semua shareholder kat HQ, so bagi mengelakkan parking full, so kami diberi cuti... tambahan pula cuti 1 may boleh diganti (replacement) kan within 1 month ni...so gunakan laa pada hari ini...syukur~~~

Bangun pagi, kepala memikirkan nak makan kat mana hari ini, sambil usap2 perut yang semakin kelaparan,, hold sarapan, tunggu ya perut, makan time tengah hari je la k..

puas main internet - travian, chatting, facebooking dan juga menoreh, akhirnya Puan elly ym, sempat tanya kat dia camne nak masak kari...hehehe, thanks puan elly, jaga baby dalam kandungan elok2 ya....

pas dapat selok belok memasak, call mak lak tanya camne (orang kata bagi meng'enhance'kan lagi kari ayam ku nnti).... dah tanya, pastu tengok peti sejuk - ada ayam, ada bawang putih, bawang merah, serbuk kari, santan, kayu manis.... ini sudah lengkap~~~

sesi menumbuk kejap je dilakukan...idup bujang, kena serba cepat dan mudah...tak lumat mana pun..hehehehe... pas satu satu step dilakukan, terlupa? tengok balik chatting ngan Puan Elly..hehehee..thx coz ada hitam putih...berguna gak YM ni..hehehe

nasi dah lama masak, coz kalo rasa2 cam malas nak masak kari, just makan nasi putih + telur je..hehehe..


dan hasil kari saya :
aku si kidal yang sedang memasak



kari ayam ku mempunyai 3 ketui saje :D



siap untuk dimakan...

Ini merupakan kali pertama masak berlauk...sebelum ni penah masak, tapi masak air, masak nasi, goreng telur....hehehehe

Idea

Erk....banyak sebenarnya nak menaip kat sini, tapi bile nak menaip je, ada aura kemalasan menyinggah, so terpendam je laa kesekian kalinya....so hold punya hold dah dekat 2 bulan gak tak buat post....

kaku.... tak taw nak taip apa...hehehehe...
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here