2010 Movie

January 2010
Fri, Jan. 8 Youth in Revolt +6 more releases
Fri, Jan. 15 The Spy Next Door +2 more releases
Fri, Jan. 22 Tooth Fairy +3 more releases
Fri, Jan. 29 When in Rome +3 more releases

February 2010
Fri, Feb. 5 Dear John +5 more releases
Fri, Feb. 12 The Butchering Ghost +3 more releases
Fri, Feb. 19 Shutter Island
Fri, Feb. 26 The Crazies +3 more releases

March 2010
Fri, Mar. 5 Alice in Wonderland
Fri, Mar. 12 Green Zone +4 more releases
Tue, Mar. 16 The Back-Up Plan
Fri, Mar. 19 Season of the Witch +7 more releases
Fri, Mar. 26 How to Train Your Dragon +3 more releases

April 2010
Fri, Apr. 2 Repo Men +6 more releases
Fri, Apr. 9 The Losers +3 more releases
Fri, Apr. 16 Piranha 3-D +3 more releases
Thu, Apr. 22 Oceans
Fri, Apr. 23 Wall Street 2: Money Never Sleeps +2 more releases
Fri, Apr. 30 A Nightmare On Elm Street

May 2010
Fri, May. 7 Iron Man 2 +1 more release
Fri, May. 14 Robin Hood +2 more releases
Fri, May. 21 Shrek Forever After
Fri, May. 28 Prince of Persia: The Sands of Time +1 more release

June 2010
Fri, Jun. 4 Killers +1 more release
Fri, Jun. 11 The A-Team +2 more releases
Fri, Jun. 18 Toy Story 3 +2 more releases
Fri, Jun. 25 Grown Ups
Wed, Jun. 30 The Twilight Saga: Eclipse

July 2010
Fri, Jul. 2 The Last Airbender +1 more release
Fri, Jul. 9 Despicable Me +1 more release
Fri, Jul. 16 The Sorcerer's Apprentice +1 more release
Fri, Jul. 23 Salt +1 more release
Fri, Jul. 30 Cats & Dogs: The Revenge of Kitty Galore +2 more releases

August 2010
Fri, Aug. 6 Step Up 3-D +1 more release
Fri, Aug. 13 Ramona and Beezus +2 more releases
Fri, Aug. 20 Priest +1 more release
Fri, Aug. 27 The Lottery Ticket

September 2010
Fri, Sep. 3 Born to Be a Star
Fri, Sep. 10 The Town
Fri, Sep. 17 Warrior +2 more releases
Fri, Sep. 24 Guardians of Ga'Hoole +1 more release

October 2010
Fri, Oct. 1 Alpha and Omega 3-D +1 more release
Fri, Oct. 8 The Zookeeper +2 more releases
Fri, Oct. 15 The Social Network +2 more releases
Fri, Oct. 22 Red +2 more releases

November 2010
Fri, Nov. 5 Megamind +1 more release
Fri, Nov. 12 Rapunzel +1 more release
Fri, Nov. 19 Harry Potter and the Deathly Hallows: Part I
Wed, Nov. 24 Red Dawn +3 more releases

December 2010
Fri, Dec. 10 The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
Fri, Dec. 17 Tron: Legacy +3 more releases
Wed, Dec. 22 The Green Hornet +1 more release

Gold

Salam kembali...

Teringin nak berjinak2 dalam dunia keemasan... keemasan or kemasan or barang-barang kemas...

Jom kita lihat graph kenaikkan sepanjang tahun 2009... GOLD @ EMAS


Kenaikkan begitu ketara berikutan penurunan / kejatuhan matawang dollar. Kenaikkan mendadak ini membuatkan harga komoditi emas meningkat hampir 25% bermula dari awal tahun sehingga akhir tahun ni.

Contoh di dalam RM boleh dilihat seperti berikut :

Walau bagaimanapun samada pengumpul atau pelabur Syiling Kijang Emas, ianya tidak mengecewakan. Mari kita lihat catatan sepanjang tahun 2009.

2/1/2009 - RM3239 / RM3137 - harga awal tahun
15/1/2009 - RM3085 / RM2987 - harga terendah
23/2/2009 - RM3885 / RM3731 - harga tertinggi Februari
7/4/2009 - RM3306 / RM3200 - harga terendah April
3/12/2009 - RM4292 / RM4037 - harga tertinggi Disember
10/12/2009 - RM4009 / RM3771 - harga hari ini

Anda seorang penggemar/penyimpan/pengumpul membeli pada awal tahun dengan harga RM3239 dan menyimpannya sehingga hari ini..... kenaikan nilai Syiling Kijang Emas anda ialah sebanyak RM4009 - RM3239 = RM770, iaitu kenaikan sebanyak 23.77%.
(credit to cdan)

Alhamdulillah, banyak ilmu sedang dipelajari dan masih cuba memantapkan diri dengan ilmu-ilmu seperti ini memandangkan pengetahuan tentang emas ini masih cetek. Mungkin tidak dapat nak berjinak-jinak dengan ASB-OD, tp mana mungkin mahu melepaskan peluang untuk berkecimpung dalam Gold Investment ;)

Kembali

Salam,
Hampir berbulan menyepi kan diri, aku kembali menghadap blog tak terkenal ni sebab nak tumpukan kepada kehidupan realiti yang semakin sibuk...

Tak taw sibuk sebab apa, tapi mungkin sibuk dengan hal-hal duniawi, lagi2 dah akhir tahun ni...
Kembali mengingati azam tahun ini :
"Berazam untuk mencari azam yang betul-betul azam,dengan berazam untuk memenuhi azam tersebut demi azam-azam yang telah diazamkan"
walaupun a bit complicated, tapi aku rasa dah berjaya memenuhi azam serba sedikit.. apakah azam yang telah terlaksana?

1. Kerja
2. Bantu family
3. Menambah ilmu di dada - Forex, OD, ASB, Emas walaupun tak menceburi bidang ni.
4. Mengumpul harta - duit buat masa ni, property belum lagi

Syukur sebab byk gak ilmu di dada, bak kata Plague of Happiness
Sudah 24 tahun,ilmu didada aku susun, kalo berkat tak datang turun, sampah sarap datang berduyun

aku begitu tertarik dengan image kat atas ni, smp aku rasa nak letak dlm blog, ntah bile laa leh dpt pegang secara realiti ni...tp kalo dpt pegang ok gak, at least menjamin masa dpn kelak..sbb ape? sebab ia EMAS! 1 dinar only...

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Technical Executive - HSBB Project




Salam...


Berehat dirumah sambil bebaring menikmati waktu-waktu rehat yang bukan mudah untuk dapat memandangkan kehidupan bekerja sudah bermula...

Technical Executive - HSBB Project
Permohonan dibuat pada bulan 8 haritu,(Apply Date : 8/5/2009 8:58:07 AM), dan ya permohonan anda berjaya... dan dipanggil masuk untuk interview pada Selasa ni 10hb November 2009...

HR Tm called malam semalam, pukul 8 lebih tak silap, mengatakan aku dapat panggilan temuduga untuk IT Technical Selasa ni...terkejut gak bile dapat taw ada panggilan interview ni... time2 camni laa banyak peluang dapat...syukur alhamdulillah...tapi dah bagi taw kat pihak HR yang actually sy dah bekerja dengan TM dalam post IT Executive...so kiranya saya macam menolak jawatan terbabit laa... takkan nak buat 2 kerja dalam satu masa lak...IT Technical + IT Executive... (masuk opis kena pakai kot,time technical kena pakai baju technician, menarik!!!). gaji kalo leh nak both positions dapat...lagi menarik!!!

apa2 pun syukur sebab at least ada gak panggilan untuk kerja, bukan mudah nak dapat panggilan interview ni...pengalaman g interview baru ada 2 kali sahaja, satu kat office lama, dan latest kat TM (selang seminggu lepas masuk keje kat office lama)

Weekday Routine

Rutin seharian apabila bergelar seorang pekerja...

6.30am : bangun pagi, solat, siap2 semua untuk bekerja
7.15am : panaskan enjin kete, takut nnti senggut2 time berjalan
7.20am : gerak g opis (jalan jam lagi2 kat highway bukit jalil + jalan klang lama)
8.10am : sampai area bawah menara, kalo ada parking kat LG2, cepat2 masuk dlm tu, kalo takde, parking luar...
8.15am : masuk opis, setting laptop pastu ajak opismate g sarapan..
8.30am : masuk opis semula dan memulakan kerja-kerja membaca internet + chatting
1.00pm : lunch time, solat dan melepek
2.00pm : masuk opis dan bekerja smp tamat waktu bekerja
5.30pm : kemas2 nak balik, kalo tak, mengadap jam kat federal highway..
6.30pm : smp rumah dan buat aktiviti2 regangan badan..
7.00pm-12.00am : aktiviti bebas..

1.00am : tdo time...

Proud as a Johorian...

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.


dah lama tak nyanyi lagu Johor, dulu nyanyi setiap hari, sbb sekolah rendah, menengah kat Johor...syukur dilahirkan di negeri Johor...both of my parent asal Johor, ayah kat Muar dan mak lak kat Batu Pahat... dan saya dibesarkan sehingga matrikulasi di Johor...

selepas matrik, dpt tawaran belajar di Pahang (5 tahun), tamat belajar, meneruskan alam pekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Selangor...(hampir setahun)...

mungkin 2-3 tahun lagi akan pulang semula ke Johor demi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (memerlukan ramai jurutera-jurutera mahir terutama dari sektor elektrik, elektronik dan juga pembinaan)...

Minta Pendapat

perlukah aku menukar rumah :

Nak minta pendapat kawan2 berkenaan dengan hal pindah-pindah rumah ni...
kot2 ada pandangan atau maklumat yang boleh diterima pakai... atau kalo ada yang nak bgtaw berkenaan dengan pembelian rumah pun ok gak, leh beli umah trus...lagi2 PM dah umumkan rumah murah...teringin nak beli.

Convocation Day

Ahad lepas, majlis Konvokesyen ke-4 Universiti Malaysia Pahang bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, akhirnya aku grad dari U selepas 5 tahun mengaji bak kata Kelantanese.. 3 1/2 tahun = 7 semester bertukar menjadi 10 semester...owh yeah, adakah aku mengambil course medic atau akaun??

Jumlah pelajar batch aku (CB040XX) ada laa lebih kurang dalam 60-80 orang, tapi baki yang grad lebih kurang 7 orang... yang lelain sudah grad masa convocation ke 2 dan ke 3...syukur akhirnya habis generasi CB040XX...

dari kiri : Nik Nafis, Ahmad Nazmi, Abd Halim,
Shahrul Naza, Siti Aisyah

ada lagi 2 orang - tanti dengan faira...diaorang hilang mana ntah...

dari kiri : Siti Aisyah, Abd Halim, Tantiana, Faira, Nik Nafis

ni jela kami yang tinggal....hehehe

and here my family...


dari kiri : Azzalea, ayah, mak, saya, atuk , yana, along,akak

Jom Berperang



Salam,

nak invite rakan2 traders kat luar sana, ayuh kita berforex, kita berlawan siapa yang hebat walaupun aku memang tak hebat mana pun...


Sebelum penyertaan, bagi mereka yang tiada live-account, register kat sini lak

sebab syarat penyertaan adalah kena ada live-account...

ASB-OD-ASB kembali...

Bro cdan (CG member) thanks for your PMed..

Finally baru la jelas dan paham camne OD ni berfungsi

w/salam bro alim...
tahniah dan syabas... OD buat untung dgn pinjaman dari bank.... bayar int 4.55%, dapat div ASB 8%... huhu...

pengiraan bro memang betul, menunjukkan bro memang dah faham, ttp amount sijil ASB tu yg tak betul...

bank akan memberi minima credit OD sebanyak rm10k, jadi sijil ASB sekurang2nya rm11k atau rm12k....

RHB 95% credit - 4.55% int - sijil 11k
CIMB 90% credit - 4.3% int - sijil 12k
MBB 90% credit = 5.55% int - sijil 12k

pandangan peribadi... saya akan gunakan 20k untuk buat OD, kerana lebih besar nilai cagaran, bermakna lebih besar credit yg boleh digunakan sekaligus lebih banyak profit dapat dibuat...

cuba lihat ini bro...
- sijil ASB 23K
- OD RHB 95% x 23k = rm21850
- guna OD rm20k, masuk dlm ASB
- int OD rm20k x 4.55% = rm910pa = rm75.85 (RM76/bulan)
- baki rm1850 stanby utk back-up fund jika int naik atau div turun
- jumlah ASB 23K(sijil) + 20K(buku) = 43k
- div ASB 43k x 8% = rm3440pa

ulasan:
- cuma bayar rm76/bulan untuk credit 20k
- lebihan wang gaji 700 masuk dlm ASB - div akan meningkat dari tahun ke tahun
- div ASB (semua atau sebahagian) boleh digunakan untuk membayar credit OD
- pembayaran balik credit dlm tempuh yg singkat akan mengurangkan int OD, ini yg berbeza dengan PL (personal load atau ASB Loan) yg mana principal dan int mesti dibayar mengikut tempuh masa yg telah ditetapkan/dipersetujui

bro boleh membuat bayaran balik rm100 atau rm200/bulan jika mahu, ini akan memendekkan tempuh bayaran balik sekaligus mengurangkan int...
- jika rm100/bulan
- div dibiarkan dalam ASB (tidak diusik)
- 10 tahun lagi ASB berjumlah rm85k+
- credit OD berbaki rm16k+

- jika rm150/bulan
- div dibiarkan dlm ASB (tidak diusik)
- 10 tahun lagi ASB berjumlah rm85K+
- credit OD berbaki rm7k+

pengiraan diatas belum termasuk 500 - 600 pelaburan setiap bulan...


Insyallah dalam masa terdekat ni nak buat camne sifu Cdan ni ajarkan... hopefully takde la aral melintang...

3 hari dengan 3 helai baju

Salam Lebaran...raya tak abih lagi, so leh laa beri salam raya...


Hari Raya Pertama - Tema Hitam (Kampung Ayah)

Hari Raya Kedua - Tema Biru (kampung Mak)


Hari Raya Ketiga - Tema Oren ( Kampung Ayah kembali)



Kesimpulannya , aku tak reti bergambo...hahaha...kalo amik gambo orang, reti laa skit2..kalo bab2 bergambo sendiri = failed!~~

Stimix or Streamyx

Dah 2 hari aku nya connection ni problem...

Selepas seharian aku memikirkan kenapa takleh nak connect internet (dari malam semalam hingga malam td), aku try la tgk balik setting kat router tu kot2 ada orang ubah ke...skali tengok kat username and password , dah berubah kepada indonhacker n password panjang gile... tak sempat nak printscreen sebab marah punya pasal terus tukar username + password asal...
adoi indon hack laa pulak stimix ni, pas try beberapa kali nak connect, still tak leh lagi...

Malam tadi aku call ikram rosdi, otai gak ni bab2 internet, n tanya nape aku tak leh nak connect internet (streamyx), dia kata line dia ok - dia kat KL, aku lak kat johor, n dia pun kata yang line akak dia pun tak ok, password berubah (maybe sama case kot ngan aku), so aku assume yg streamyx area johor ni breakdown...(maybe hacking by indonhacker)

Pagi tadi aku contact 100, cakap nape jadi camni, n dia suruh betul2kan setting ape benda ntah, aku buat jelaa walaupun aku taw mmg aku dah buat beberapa kali....

still tak leh connect gak...

sekarang aku guna modem yg satu lagi, tak connect guna router, direct modem...dan kena setting balik manually....tak suka manually, nak autoconnect je...

maybe kejap2 lagi nak try setting balik router + splitter tu kot2 ada problem ke, tp rasanya splitter tu ok je, sbb modem skrg ni pun connect melalui splitter...

semoga aku berjaya meng'connect'kan internet kat umah ni...

Sijil - OD - ASB

Kenyataan di bawah merupakan hasil maklumat yang diambil dari forum . Dari sini aku cuba pahami apa yang tersirat dan tersurat...
Gaji En.Murad RM3000 sebulan...
Perbelanjaan bulanan RM2500 sebulan...
Lebihan yg boleh digunakan RM3000 - RM2500 = RM500 sebulan...

Sijil ASB En.Murad RM100,000...
OD 95% dari RM100,000 = RM95,000
Intrest OD 4.55% x RM95,000 = RM4322.50 setahun = RM360.25 sebulan
Bayaran int + pokok RM500 x 12 bulan = RM6000 setahun
Dividen ASB 8% x RM195,000 = RM15,600
Cuma RM5000 sahaja dari dividen dapat dimasukkan dlm akaun ASB En Murad

Ada lebihan RM10,600, En Murad pergi ke Overseas Union Bank (OUB)
En Murad membeli 3 keping Maple Leaf Gold Coin RM3508 x 3 = RM10,524
Wang berbaki RM76 digunakan untuk isi petrol, bayar parking dan belanja kawannya makan minum.

En Murad juga tahu pelaburan emas memberi pulangan 25% setahun
En Murad juga tahu Maple Leaf adalah menawarkan harga dan spread yang rendah sekitar 3%
Dividen ASB yang akan datang juga En Murad akan menambah pelaburannya dengan emas
Hasilnya :

Pengiraan dari kadar kemampuan diriku adalah seperti berikut :

RM10,000
OD - 95% x 10,000 = RM9,500
interest OD 4.55% x RM9,500 = RM432.25 = RM36.03
Dividen ASB - 8% x RM19,500 = RM1560
Lebihan - Rm1560 - 432.25 = RM1127.75
Masukkan RM1127.75 dalam ASB = RM20627.75
*diulangi sehingga 10 tahun~~

Dianggarkan selama 10 tahun, ada laa lebih kurang RM40k...

*kalo ada salah silap, tolong perbetulkan...

Dinar dan Dirham

Salam to all..

Selamat menyambut Aidilfitri, ampun jua ku pinta, salam kemaafan dihulurkan dari jauh... Andai diri ini mempunyai 1 kesalahan, sejuta kemaafan ku hulurkan. Diriku yang tidak sempurna mungkin banyak mengguris hati insan2 tapi apakan daya, hanya kemaafan dapat ku pinta, halalkan makan minum...

berbalik semula ke pada tajuk posting ni, pasal dinar dan dirham...

post sebelum ni berkaitan dengan dinar sahaja, tapi ada statement yang salah (maybe sbb main petik je + salah baca / tak reti baca), so kat sini nak perbetulkan statement yang sebelum ni, malas nak edit post yang salah sebelum ni, biarkan agar menjadi iktibar/rujukan...

Dinar and Dirham

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.

Zero inflation in 1,400 years

A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.

Haaa, so sekarang dah jelas yang dinar dan dirham tu amat penting dikemudian hari... Ni yang rasa nak kumpul duit beli duit dinar setiap bulan...mari menyimpan untuk kemudian hari...

Conventional Money vs Gold..which one you prefer?

Aku baru je terbaca artikel berkenaan turunnya Nabi Isa, dan kemunculan Dajjal... apa tu dajjal aku pun tak pasti, camne rupanya, tapi tanda2 kecil kemunculan Dajjal tu dah ada.

Tahukah anda bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan dajjal ini keluar di Khurasan?
Sekarang aku bagitau kau, apa dia itu sistem Dajjal:
1- sistem kewangan islam berjaya dihapuskan secara mutlak (agenda dajal berjaya) (dinar & dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)
2- wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia (sistem dajjal)
(islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang)
3- wang kertas akan digantikan beransur2 dengan wang elektronik (sistem dajjal) (dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas) (dari kertas bertukar menjadi duit digital) (kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold) (moneybooker, digital check)
4- berita2, media2, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli (sistem dajjal)
(CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland,)
5- ekonomi dunia dikuasai ejen2 dajjal melalaui YAHUDI.
(VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES)
(Makanan segera jenama dunia, baru bulan lepas anda memakannya)
(Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya)
(Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya)
(teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)
6- pyramid agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat)
binaan pyramid merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal.

Sekarang ni pun dah banyak tanda2 ni yang ada, so bagaimana persediaan kita? Aku sekarang rasa nak berbalik kepada yang benar...

Sistem 1,2 dan 3 tu dah berlaku dengan teruknya sekarang ni, kita leh tgk camne nilai matawang dimanipulasikan sewenang2nya, sehingga tiada nilai. Contoh negara Zimbabwe, nilai berbillion hanya untuk membeli beberapa bijik telur...




Apa guna ada Rm10k kalo just hanya nak beli sebuku roti?? (katakan inflasi negara terlalu teruk beberapa tahun akan dtg - tpi minta2 jangan laa kan... )
So ni la akibat dari sistem Dajjal yang ingin mendajjal manusia.....begitu teruk skali..
Sebab tu Islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang. Yang mana sekiranya pada zaman dulu harga seekor ayam adalah satu dinar, makan harga ayam kini pun bernilai satu dinar jua (jgn convert into duit conventional)...

Tak rugi membeli emas pada waktu sekarang, sebagai langkah berjaga2, katakan sebulan gaji Rm2k, tak salah melaburkan rm500 utk beli 1 dinar... setahun dah ada 12 dinar... katakan beli harga rm500, tahun berikutnya mungkin harga tu dah menjadi rm700 utk satu dinar, time ni laa kita dpt lihat betapa untung nya nilai emas ni...

beli 1 dinar (1/1/09) = rm500,
jual 1 dinar (1/1/10) = rm700...dah untung 200...

camni laa keadaannya...ni yang terasa nak beli emas... kena kumpul duit ni...

Word-VBA Code

Hampir 2 bulan mengkaji apa ini word- macro, macro yang menggunakan visual basic application code merupakan satu program yang memudahkan user untuk menyusun program2 yang akan berjalan dengan sendiri...
Nampak mudah, sehingga ada orang memperlekehkan bile status ym bertajuk
"Ajarkan saya cara-cara menggunakan Microsoft Word"

tapi bile diajukan dengan Microsoft word - Macro Programming, tak taw nak jawab apa..hurmmm...2 bulan bukan masa yang lama untuk membuat R&D berkenaan dengan macro ni, maybe sbb banyak project nak kena settlekan, tu yang kelam kabut... (banyak project ke banyak berangan aku pun tak taw daaa )..


Ni antara sebahagian dari macro programming yang ada :

Call, Run a Macro That's in Another Template:
Application.Run "[TemplateName].[ModuleName].[MacroName]
Example: Application.Run "Normal.NewMacros.Macro1"
Example: Application.Run "Normal.Module1.Macro2"

Document, SaveAs (with all the junk):
ActiveDocument.SaveAs FileName:="C:\Temp\MyFile.doc",
FileFormat:=wdFormatDocument, LockComments:=False, _
Password:="", AddToRecentFiles:=True, WritePassword:="", _
ReadOnlyRecommended:=False, EmbedTrueTypeFonts:=False, _
SaveNativePictureFormat:=False, SaveFormsData:=False, _
SaveAsAOCELetter:=False

Select, Text, Using Extend:
Selection.EndKey Unit:=wdLine, Extend:=wdExtend
Selection.HomeKey Unit:=wdLine
Selection.MoveRight Unit:=wdCharacter, Count:=2, _
Extend:=wdExtend

dan tak dpt nak listkan semuanya sebab terlalu banyak code dia, nak taw lebih lanjut leh tengok kat :


Word-VBA Code Samples for Newbies & Others

Lappy

Terasa nak menukar sebuah laptop yang baru laa pulak, walaupun Sony VAIO yang aku guna skrg ni tak smp pun 4 bulan pakai...



Tapi memandangkan laptop VAIO ni low spec, tu yang terasa nak angkat laptop baru... dan sudah tentunya laptop yang superb high end spec. tapi mampu kah aku? kalo loan insyallah bole kot... tp ada ke yang nak memberi loan???

Dari dulu terasa nak beli MAC nya laptop, tapi memandangkan keadaan kewangan yang tak berapa nak sihat, mungkin bole ditunda sehingga tiba waktunya. lagi pun MAC lain benar dengan laptop biasa.. kalo nak cari MAC pun kn cari yang compatible dengan Windows platform...

to be continue...

*nak g teman member amik baju raya

Expenses

Sudah 3 bulan bekerja, sudah 2 bulan gaji masuk...tapi satu simpanan pun takde lagi buat masa ni, mengapa??? gaji kecik?? expenses tinggi?? mungkin gak, nak kata money management terabur, semua sudah di atur dengan baik, tapi bersyukur sebab buat masa ni , aku hanya aku, tiada si dia, tiada lagi tanggungan anak2 comel...

Perbelanjaan bulanan :-

- Makan minum :~RM400-RM500 (sehari 15)
- PTPTN :~RM200 (banyak ke?)
- minyak / tol / kete :~RM350 (RM150 balik kampung)
- Sewa Rumah :~RM200
- Belanja hidup :~RM200
- parent :~Rm100
=============================
- Jumlah :~RM1450

ouch, nampak cukup, tapi ntah laa, dapat simpan pun untuk keperluan diri, kalo gaji 2400, ada gak simpanan RM1k, tp kalo gaji underpaid? berapa je dpt simpan...hurmmm...silap2 hari bulan perbelanjaan lagi tinggi dari income..lagi2 kalo time kete nak kena anto service, roadtax, insurance, tak pun time sakit ke (swasta, takde panel lak tu)...

Hurmm, satu lagi kemusykilan , guna prepaid or guna postpaid, mana satu lagi murah???


Bekerja dan ibadah

Bekerja merupakan satu ibadah, tidak salah untuk bekerja as long as tak melanggar hukum syarak dan tidak melanggar peraturan agama.
Ya, memang tidak salah sama sekali, tetapi adakah dengan sebab bekerja itu sendiri kita boleh melupakan perkara2 ukhrawi seperti bertadarus Al-Quran, bertarawikh, Qiamullail (lagi2 sekarang ni bulan Ramadhan Al-Mubarak - bulan yang penuh dengan segala rahmat).

Lagi-lagi bekerja dalam bidang IT yang penuh dengan cabaran dan teknologi yang berkembang pesat, pemesatan ini menyebabkan etika kehidupan seperti dilanggar, dahulu manusia mempunyai masa untuk melihat dunia luar, tetapi sekarang ini, hanya segelintir yang mampu melihat dunia luar, sedangkan yang selebihnya hanya melihat "dunia luar" melalui satu medium perantara (pc, tv , bla bla bla)..

Mau jadi seperti ini :-



atau beribadah bersama2 mereka :


Pilihan di tangan anda... tak guna bekerja 48 jam, 120 jam kalo tidak disertai dengan ibadah....

"WALAUPUN HIDUP SERIBU TAHUN, KALO TAK SEMBAHYANG APA GUNANYA"

Gadgets...

Bukan mengabui mata dengan benda-benda yang ntah berfaedah atau tidak, tapi keinginan untuk memiliki gadget ni membuatkan gejolak perasaan yang tidak dapat dibendung lagi.

Dua gadget yang sekarang ini sedang bermain di fikiran adalah :

1 - PSP (PlayStation Portable)
Mula teruja ngan PSP ni bile main kawannya PSP, game - Final Fantasy... walaupun tak reti sangat control, tapi lama-lama belajar dah jadi mahir lak... tu yang teruja sampai rasa nak beli je...

2 - Camera (SLR vs Digital)
Kamera ni memang dari dulu teringin sangat nak beli, sebab takde langsung camera, takkan nak guna camera handphone je kalo g mana2 majlis, nampak tak menarik laa pulak...so decide nak angkat seketul kamera, tapi masalahnya , kamera ni lak ada 2 jenis , yang biasa2 ( digital camera) dan yang satu lagi SLR (single-lens reflex) camera...both ni nampak menarik, cuma yang SLR ni selain dari fungsi dia yang menarik, harga dia pun teramat laa menarik...fps dia pun banyak berbanding ngan digital biasa ni, MP (megapixel) dia pun totally awesome, even though yang digital pun sekarang dah jejak 12mp tapi still lower spec berbanding ngan slr...

vs




Mana satu yang paling berbaloi erk??? PSP vs Digital Camera vs SLR...tapi tak mungkin SLR dapat dibeli dengan harga RM800-900, mungkin kena kumpul duit skit2 baru boleh beli...lama2 jadi bukit... tapi buat masa sekarang, pilihan mana yang paling tepat, camera atau psp?

Multi Monitor




Wow, ni baru betul2 namanya multi monitor, kalah dah dual monitor...teruja camni, even guna desktop besar gedabak, tp style gak kalo dapat buat, nak lagi mantap, beli lcd dalam 10 keping...baru syiok~~~!!!

Bit Runga - Sway

Erti 10 dalam GDI...

10? Apakah yang istimewa dengan 10? Dalam GDI, 10 membawa makna yang cukup mudah dan hebat.

1. Modal Rendah - USD10 sebulan
2. Bonus Unilevel - 10% per person down to Level 5
3. Untuk Balik Modal - cari 10 Rakan Niaga
4. Bonus Infiniti - 10% per person Level 6 - Infiniti

Aplikasi Kuasa 10 Dalam GDI

Bonus komisyen Unilevel adalah 10% iaitu USD1. Ini bermakna untuk balik modal, anda semua hanya perlu mencari 10 Rakan Niaga. Begitu juga dengan rakan anda yang lain, mereka akan Copycat langkah anda untuk balik modal. GDI membayar bonus hingga Level ke 5. Kita lihat betapa hebatnya Kuasa 10.

Level 0 : Anda sertai GDI
Level 1 : Anda ajak 10 Rakan Niaga
Level 2 : 10 ajak 10 = 100 Rakan Niaga
Level 3 : 100 ajak 10 = 1,000 Rakan Niaga
Level 4 : 1,000 ajak 10 = 10,000 Rakan Niaga
Level 5 : 10,000 ajak 10 = 100,000 Rakan Niaga

Total = 111,110 Rakan Niaga @ USD111,110 @ RM388,885 TIAP2 BULAN dengan hanya semua orang mencari 10 Rakan Niaga untuk balik modal. Susah tak cari 10 orang yang umur 18 tahun & ada kad kredit @ kad debit? Betapa lumayannya potensi pendapatan dengan hanya gantu rakan kita balik modal.

TUNGGU! Ada Lagi BONUS INFINITI

Bukan itu sahaja, GDI juga memberi peluang kepada anda untuk mencapai Bonus Infiniti. Bonus ini membolehkan anda mendapat komisyen 10% daripada Level 6 dan ke bawah dengan 3 syarat mudah iaitu :

1. Sponsor 10 Rakan di Level 1 - Lulus
2. 10 Level 1 juga sponsor 10 Rakan - Lulus
3. Jumlah Level 1-5 lebih 5000 Rakan - Lulus

Melalui Kuasa 10, anda juga telah layak menerima Bonus Infiniti iaitu Level 6 - Infiniti. Ini barulah unlimited income.

Level 6 : 100,000 ajak 10 = 1,000,000 Rakan Niaga @ USD1,000,000 @ RM3,500,000
Level 7 : 1,000,000 ajak 10 = 10,000,000 Rakan Niaga @ USD10,000,000 @ RM35,000,000

Apakah perasaan anda jika mendapat income berjuta-juta setiap bulan. SETIAP BULAN? Ya, setiap bulan. Ingat tak modal kita USD10 Sebulan, maka komisyen kita juga adalah TIAP2 BULAN. Anda tidak perlu lagi bekerja bukan?

Sesungguhnya peluang buat duit online yang saya sedang usahakan ini telah berjalan sejak 1999 lagi. GDI bukan nama asing dalam bisnes online. Program affiliate dan juga online MLM terbaik di dunia. Adakah anda masih tidak nampak potensi pendapatan lumayan yang bakal anda perolehi?

Jika anda tidak nampak peluang bisnes hebat ini, anda tersangatlah rugi. Jika anda tidak yakin, hubungi saya. Berbincanglah dengan saya. Tanyakan apa yang anda kurang yakin atau apa sahaja persoalan. InsyaAllah, saya sedia membantu.

Mari sama-sama kita berubah, buanglah segala persepsi negatif terhadap bisnes online. Orang lain sudah mula buat duit, anda hanya pandai buat alasan. Renung2kan...



(kredit to pencentetap.com)

Global Domains International

GDI memberi peluang menjana pendapatan kepada ahli. Terdapat 2 jenis pendapatan melalui program ini iaitu pendapatan mingguan dan bulanan.

Pendapatan mingguan adalah melalui Bonus Leaderboards. Bonus ini dikira secara mingguan. Isnin - Ahad.

Jika menaja 5 orang ahli dalam tempoh 7 hari tersebut, bonus yang akan dibayar adalah sebanyak USD 100.

Jika 10 ahli, bonus USD 200
Jika 15 ahli, bonus USD 300
Jika 20 ahli, bonus USD 400
dan seterusnya.

Untuk pendapatan bulanan, setiap ahli layak untuk mendapat 10% dari setiap downline. Dari level 1 - level 5. 10% ini bernilai USD 1 dari setiap downline kita. Untuk level 1, tiada had ahli yang ditetapkan. Terpulang kepada kemampuan sendiri untuk menaja ahli. Kita akan mendapat USD 1 dari setiap downline yang berada di level 1 hingga level 5 sahaja.



GDI?

Apakah GDI ni?

Actually masa weekend aritu, terjumpa satu ebook yang cambest je - tajuk = "Jutawan Paypal"... download free je sbb tuan punya ebook tu bagi license kata leh download cuma tak leh mengaku itu hak kita, dan tak leh tukar isi kandungan...so at least kita mencuba, rezeki semua datang dari-Nya....tak salah mencuba untuk kesenangan hidup, belum cuba belum tahu...

Apa yang aku dapat simpulkan daripada ebook tu, mudah je, modal $10 (murah je kot bagi orang2 yang mampu) untuk sebulan...sebab register domain...dan satu lagi nak ingatkan , ni program affiliates, apa tu affiliates? Memperkenalkan rakan kepada rakan...tak kisah satu bilik, satu negeri, negara, mahupun around the world...tp kalo dapat rakan2 dari UK cun gak tu, apalaa sangat 10 dollar bersamaan dengan nilai 2 pound duit diaorg...celah gigi je kot...cam kita yang nampk RM2 just beli air minum berbuka posa je...

Setiap insan yang menggunakan link affiliate kita untuk meregister under GDI ni , kita dapat $1...tu baru sorg, takkan laa sorang je kawan kot kat dalam dunia ni....
tgk kat gambo rajah ni jelaa senang...

click on image to englarge

Ni lak penerangan dalam BI :
Here the explanation in english :

5-Level Uni-Level Compensation

This is our standard compensation plan that ALL affiliates qualify for, even those who are still in their free trial period. Basically, you are paid $1 per month, per domain, that is registered in your 5 level network. A uni-level compensation plan is the most simple plan in network marketing, and the key to our quick growth.

You are not limited by width. You can refer as many people as you want to, and so can those people that you refer, and so on.

Here’s an example. You refer 5 people to our product/program. That pays you $5 per month. No big deal? Hang on, you’ll see the power of this. Each of those 5 people then refer 5 of their own, so you’re now getting paid an additional $25 per month on your “second level”. Each of those 25 can refer as many as they want, but for consistency we’ll say that they too refer 5 each. That’s $125 in monthly commissions on your 3rd level. If the trend continues, you’ll have $625 in monthly commissions on your 4th level, and $3,125 in monthly commissions on your 5th level.

That’s a total of over $3,900 in monthly commissions for referring 5 people, and then teaching those people how to do the same and assisting them in growing their own organizations. Keep in mind that nobody is limited in how many people they can refer. Some of our affiliates personally refer hundreds of other affiliates. Just a couple of these “go-getters” in your organization can really blow your income off the charts.

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here