Gold

Salam kembali...

Teringin nak berjinak2 dalam dunia keemasan... keemasan or kemasan or barang-barang kemas...

Jom kita lihat graph kenaikkan sepanjang tahun 2009... GOLD @ EMAS


Kenaikkan begitu ketara berikutan penurunan / kejatuhan matawang dollar. Kenaikkan mendadak ini membuatkan harga komoditi emas meningkat hampir 25% bermula dari awal tahun sehingga akhir tahun ni.

Contoh di dalam RM boleh dilihat seperti berikut :

Walau bagaimanapun samada pengumpul atau pelabur Syiling Kijang Emas, ianya tidak mengecewakan. Mari kita lihat catatan sepanjang tahun 2009.

2/1/2009 - RM3239 / RM3137 - harga awal tahun
15/1/2009 - RM3085 / RM2987 - harga terendah
23/2/2009 - RM3885 / RM3731 - harga tertinggi Februari
7/4/2009 - RM3306 / RM3200 - harga terendah April
3/12/2009 - RM4292 / RM4037 - harga tertinggi Disember
10/12/2009 - RM4009 / RM3771 - harga hari ini

Anda seorang penggemar/penyimpan/pengumpul membeli pada awal tahun dengan harga RM3239 dan menyimpannya sehingga hari ini..... kenaikan nilai Syiling Kijang Emas anda ialah sebanyak RM4009 - RM3239 = RM770, iaitu kenaikan sebanyak 23.77%.
(credit to cdan)

Alhamdulillah, banyak ilmu sedang dipelajari dan masih cuba memantapkan diri dengan ilmu-ilmu seperti ini memandangkan pengetahuan tentang emas ini masih cetek. Mungkin tidak dapat nak berjinak-jinak dengan ASB-OD, tp mana mungkin mahu melepaskan peluang untuk berkecimpung dalam Gold Investment ;)

2 comments:

cdanhash said...

Sebagai perbandingan jika menyimpan dengan....
- ringgit -2%(bank)
- ASB 7%

ringgit (currency) bukan utk disimpan, ttp utk dilaburkan....

cdanhash said...

OD adalah financial tool yg menarik... faedah harian keatas jumlah pinjaman...

jika ditanya apa den akan buat dgn RM12K simpanan den, ASB atau emas...

den akan memilih OD... dari OD boleh invest dgn ASB atau emas....

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here