Technical Executive - HSBB Project




Salam...


Berehat dirumah sambil bebaring menikmati waktu-waktu rehat yang bukan mudah untuk dapat memandangkan kehidupan bekerja sudah bermula...

Technical Executive - HSBB Project
Permohonan dibuat pada bulan 8 haritu,(Apply Date : 8/5/2009 8:58:07 AM), dan ya permohonan anda berjaya... dan dipanggil masuk untuk interview pada Selasa ni 10hb November 2009...

HR Tm called malam semalam, pukul 8 lebih tak silap, mengatakan aku dapat panggilan temuduga untuk IT Technical Selasa ni...terkejut gak bile dapat taw ada panggilan interview ni... time2 camni laa banyak peluang dapat...syukur alhamdulillah...tapi dah bagi taw kat pihak HR yang actually sy dah bekerja dengan TM dalam post IT Executive...so kiranya saya macam menolak jawatan terbabit laa... takkan nak buat 2 kerja dalam satu masa lak...IT Technical + IT Executive... (masuk opis kena pakai kot,time technical kena pakai baju technician, menarik!!!). gaji kalo leh nak both positions dapat...lagi menarik!!!

apa2 pun syukur sebab at least ada gak panggilan untuk kerja, bukan mudah nak dapat panggilan interview ni...pengalaman g interview baru ada 2 kali sahaja, satu kat office lama, dan latest kat TM (selang seminggu lepas masuk keje kat office lama)

Weekday Routine

Rutin seharian apabila bergelar seorang pekerja...

6.30am : bangun pagi, solat, siap2 semua untuk bekerja
7.15am : panaskan enjin kete, takut nnti senggut2 time berjalan
7.20am : gerak g opis (jalan jam lagi2 kat highway bukit jalil + jalan klang lama)
8.10am : sampai area bawah menara, kalo ada parking kat LG2, cepat2 masuk dlm tu, kalo takde, parking luar...
8.15am : masuk opis, setting laptop pastu ajak opismate g sarapan..
8.30am : masuk opis semula dan memulakan kerja-kerja membaca internet + chatting
1.00pm : lunch time, solat dan melepek
2.00pm : masuk opis dan bekerja smp tamat waktu bekerja
5.30pm : kemas2 nak balik, kalo tak, mengadap jam kat federal highway..
6.30pm : smp rumah dan buat aktiviti2 regangan badan..
7.00pm-12.00am : aktiviti bebas..

1.00am : tdo time...

Proud as a Johorian...

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.


dah lama tak nyanyi lagu Johor, dulu nyanyi setiap hari, sbb sekolah rendah, menengah kat Johor...syukur dilahirkan di negeri Johor...both of my parent asal Johor, ayah kat Muar dan mak lak kat Batu Pahat... dan saya dibesarkan sehingga matrikulasi di Johor...

selepas matrik, dpt tawaran belajar di Pahang (5 tahun), tamat belajar, meneruskan alam pekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Selangor...(hampir setahun)...

mungkin 2-3 tahun lagi akan pulang semula ke Johor demi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (memerlukan ramai jurutera-jurutera mahir terutama dari sektor elektrik, elektronik dan juga pembinaan)...
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here