Tayar Celup vs Tayar Berkelulusan

Hari ni igt nak g kenduri kawen kak yan, tapi last2 minute cancel lak, so aku dah siap2 mandi so tak leh nak g maka aku melepek kat atas krusi tmpt pembaringan aku cam biasa...

Tukar keje kawen kak yan g lak keje kawen Puan Nor Ellyana Bte Rejab, tmpt aku tak taw, tapi sebelah lelaki, ada kad jemputan dalam kete, malas nak g turun amik utk meng"google-map"kan tmpt majlis dibuat. So aku menyambung baring lagi walaupun perut sudah kelaparan...

Pastu aku terbaca entry pasal tayar celup vs tayar berkelulusan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Teksi dan kenderaan persendirian disyarat menggunakan tayar yang diluluskan kerajaan mulai 1 November ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata hanya tayar yang disahkan dengan tulisan MS (Malaysian Standard), DOT (Department of Transport) atau E (European) dibenar digunakan mulai tarikh itu.

Kegagalan mematuhi syarat ini atau pemandu didapati menggunakan tayar celup boleh didenda sehingga RM300, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Tayar yang bertemakan "Kereta Anda Hanya Selamat Seperti Tayar Anda" di stesen minyak di Lebuhraya Utara Lembah Klang (NKVE) dekat sini hari ini.

Di samping pengguna kereta, katanya penjual runcit tayar yang didapati menjual tayar celup akan juga dikenakan hukuman.

"Ini adalah sebahagian daripada tujuan kita membantu mempromosi dan mendidik pengguna jalan mengenai pentingnya memberikan keutamaan dalam aspek keselamatan pada setiap masa. Pengguna jalan raya mestilah juga sedar bahawa peranan tayar kereta adalah sama penting dalam memastikan keselamatan di jalan," tambah beliau.


Sob3x, harga satu tayar utk kete aku yg aku pun tak pasti nak kira tayar tu camne, 155/60/R13 kot (nnti aku tgk balik) lebih kurang RM100 , kalo baru kot, so kalo 4 ketul dah RM400... ni kalo kuantiti yang "baik" sikit tapi diluluskan kot..takpe2, nnti aku kaji betul2..

kesian mangsa2 keadaan, tayar celup yang murah dah tak leh beli, pastu harga tayar yang diluluskan kerajaan sudah tentunya beratus2 ringgit, adakah semua rakyat malaysia mampu? mungkin ya dan mungkin tidak, dan oleh sebab wujudnya hal seperti ini, maka orang kaya bertambah kaya, orang miskin semakin miskin... yela, nak ganti tayar dah bape ratus...tapi ntah laa...aku pun tak pasti lagi. sbb tayar kete aku tak ganti lagi ni, walaupun dah bape puluh ribu KM aku berjalan...hopefully takde pape la untuk waktu terdekat ni...

Senarai harga tayar

0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here