Kerja

Pagi tadi terlambat smp opis putrajaya.... Ini disebabkan jam yg berlaku di Taman Connaught, sebab tak dapat dikesan, maybe naik bukit kot, pastu jam kat BTS, seb baik kat exit jalan ampang ngan pandan indah tak jam.. kalo tak, bertambah2 laa lambat sampai opis,

Kat opis arini takde buat pape, just tolong susun table, delete mana yang tak patut pastu replace guna SQL statement. sbb kalo guna table yang lama, ada problem katanya. Settle je, ada training BL utk falcon, aku ngan zu dah fenin2 lalat, tak paham, walaupun aku cuba catch up skit2 apa yang faiz ajo...last2 paham gak natang pe yg perlu dibuat, ia nya hanyalah PHP statement yang dimasukkan dalam falcon..kiranya function PHP leh digunakan sepenuhnya la kat dalam falcon ni,
INSERT, UPDATE, POST, GET, SESSION etc


Pastu kuar makan, makan kat alamanda food court, dulu Alamanda tu aku rasa cam ntah bile laa aku dpt jejakkan kaki kat sini, rupanya skrg, dah jd jiran tmpt opis aku lak...hehehe (sblh MOE je pun)...

Masuk opis dah dekat2 kol 3, pastu buat keje pape yang patut, time duduk2 buat keje, dpt skype dari Qudsi, kata ada meeting kat Ori kol 5 ptg, aku tak yakin, pastu tanya lak kat en Jaz.. betui rupanya, roger paan sbb kalo tak nnti dia nak balik naik pe?
salam2 ngan En Abrar n Amir, dan lambai2 kat Mek ngan Zu, aku pun bla g Ori, sbb aku tak involve lagi dlm projek MOE lagi.... sedih lak aku tetiba...

Anto paan balik rumah, baru g opis semula, sampai2 opis dah kol 5.30, igtkan meeting dah mula, rupanya tak, kol 6.45 baru start, lambat siot!.

Meeting :

-Involve dalam projek INTAN
-Kena cari cara utk solvekan problem mouse dalam macro.
-Kena pk kan cara camne nak meng"webcrawler"kan agak user nnti just access web yang telah diaccess.
-dll


So skrg ada 2 projek yang kena settlekan :

1-Projek erehat
2-Projek INTAN

Tayar Celup vs Tayar Berkelulusan

Hari ni igt nak g kenduri kawen kak yan, tapi last2 minute cancel lak, so aku dah siap2 mandi so tak leh nak g maka aku melepek kat atas krusi tmpt pembaringan aku cam biasa...

Tukar keje kawen kak yan g lak keje kawen Puan Nor Ellyana Bte Rejab, tmpt aku tak taw, tapi sebelah lelaki, ada kad jemputan dalam kete, malas nak g turun amik utk meng"google-map"kan tmpt majlis dibuat. So aku menyambung baring lagi walaupun perut sudah kelaparan...

Pastu aku terbaca entry pasal tayar celup vs tayar berkelulusan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Teksi dan kenderaan persendirian disyarat menggunakan tayar yang diluluskan kerajaan mulai 1 November ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata hanya tayar yang disahkan dengan tulisan MS (Malaysian Standard), DOT (Department of Transport) atau E (European) dibenar digunakan mulai tarikh itu.

Kegagalan mematuhi syarat ini atau pemandu didapati menggunakan tayar celup boleh didenda sehingga RM300, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Tayar yang bertemakan "Kereta Anda Hanya Selamat Seperti Tayar Anda" di stesen minyak di Lebuhraya Utara Lembah Klang (NKVE) dekat sini hari ini.

Di samping pengguna kereta, katanya penjual runcit tayar yang didapati menjual tayar celup akan juga dikenakan hukuman.

"Ini adalah sebahagian daripada tujuan kita membantu mempromosi dan mendidik pengguna jalan mengenai pentingnya memberikan keutamaan dalam aspek keselamatan pada setiap masa. Pengguna jalan raya mestilah juga sedar bahawa peranan tayar kereta adalah sama penting dalam memastikan keselamatan di jalan," tambah beliau.


Sob3x, harga satu tayar utk kete aku yg aku pun tak pasti nak kira tayar tu camne, 155/60/R13 kot (nnti aku tgk balik) lebih kurang RM100 , kalo baru kot, so kalo 4 ketul dah RM400... ni kalo kuantiti yang "baik" sikit tapi diluluskan kot..takpe2, nnti aku kaji betul2..

kesian mangsa2 keadaan, tayar celup yang murah dah tak leh beli, pastu harga tayar yang diluluskan kerajaan sudah tentunya beratus2 ringgit, adakah semua rakyat malaysia mampu? mungkin ya dan mungkin tidak, dan oleh sebab wujudnya hal seperti ini, maka orang kaya bertambah kaya, orang miskin semakin miskin... yela, nak ganti tayar dah bape ratus...tapi ntah laa...aku pun tak pasti lagi. sbb tayar kete aku tak ganti lagi ni, walaupun dah bape puluh ribu KM aku berjalan...hopefully takde pape la untuk waktu terdekat ni...

Senarai harga tayar

Mari Bekerja

Hari ni hari sabtu, aku , paan dan piji kena datang opis buat keje, projek baru yang En Rosli suruh settlekan, Projek Rumah Rehat (erehat) dan juga Tempahan Bilik Mesyuarat.

erehat projek dari MARA disubkan oleh en rosli kat aku ngan piji....kerja2 dalam .net..
sumpah aku tak taw langsung pasal .net ni, tapi takpe, leh belajar dengan piji...

projek satu lagi tu, paan sorg yang buat, dan nak kena live kan isnin ni, so biarkan dia buat sesorg tambahan pula dia sudah pro!.

Interview TM

Selasa haritu (21hb),aku dapat panggilan telefon dari HR Telekom menyatakan aku dipanggil utk temuduga jawatan I.T Executive. Aku cam biasa jawab cam takde pape, "ya", "baiklah", "ok"...itu je yang aku ckp tanpa memaparkan rasa keterujaan yang mendalam sebab aku memang tak de semangat nak tukar-tukar kerja. Pas aku tanya member2, tnya kat zu, kat mek n paan..diaorg suruh g je interview...

Dan cam biasa memandangkan aku pun tak berfikir banyak untuk post ni , so aku takde la nak prepare pape + resume dll sijil2 aku pun tak photostat.. (tak tengok langsung!).

Mlm tadi baru aku check file aku kot2 ada photostat sijil2 yang sebelum ni dah ada, syukur masih ada satu copy..dan tengok2, takde resume + salinan kad pengenalan...lantak laaa... tdo smp pagi...

Pagi tadi, terbgn jap sbb paan nak g keje, so aku ckp kat dia aku xleh nak g keje sbb sakit tulang belkg, salah tdo (walaupun mmg aku tak leh nak tdo, sakit tdo atas kusi kayu)...so ckp kat dia aku tak dpt nak g keje pagi..sidai kain yg mlm tadi basuh..

pastu aku sambung tdo balik, dekat2 kol 11 baru bgn... belek2 file kot2 ilang time aku tdo ke.. alhamdulillah still ada lagi...so aku bgn laa g mandi, siap2, amik baju yg td dah sidai (seb baik dah kering), gosok biar takde renyuk...dalam kol 12 aku gerak dah...

panaskan enjin 5 minit, pastu g tuang minyak, (cam takde pape yang penting lak aku rasa spnjg hari ni), jalan jem kat brickfield je tadi kejap, pastu smp kat Menara TM lebih kurang kol 12.45...aku mmg datang awal, sbb aku tak print lagi resume + photostat kad pengenalan...

Smp kat situ, park kete, trus g tingkat 14 utara (tmpt aku praktikal dulu)...jmpa ngan kak yah, ckp nak print resume + photostat kad pengenalan, aku turun solat jumaat area kol 1.30ptg... smpt lagi kot dgr khutbah...


kol 2 pas abih solat, trus naik tingkat 14... tgk semua dah ada, ngeh3x, pastu turun dgn document etc g kaunter pertanyaan, minta pas pelawat.. baiknya aku minta pas pelawat.

Pastu g tingkat 10 utara...

Jeng3x, pas isi borang bla bla bla,yg aku pun tak taw nak isi apa (lantak la, dpt alhamdulillah, tak dpt yahooo! ), aku tgk ada 15 org, so dia ckp sp nak yg 5 org pertama g masuk dulu..aku tgh menulis lagi.. so lantak p laa yang nak masuk masuk laa dulu.."ada aku kisah" - ayat Mek, Zu or paan....so aku pun menyatakan dlm diri "Ada aku kisah?"

sejam kemudian , aku berlima dipanggil masuk...
1. mamat keje giant bahagian HR
2. awek baru pas abih degree
3. unemployed person, tp dah keje 10 tahun lebih, ganas2 keje dia before ni.
4. aku si mangsa keadaan.
5. awek yg keje kat ne ntah, aku tak amik port langsung..

so bermula laa kisah interview, dia tanya sorg...smp part aku , aku ckp ntah ape aku pun lupa, dalam bm sudah...nak amik aku , amik, tak nak dah....

pastu 2nd round, ada ke dia tanya pasal final project aku, aku tibai ckp aku buat EA....

pastu abih...

aku chaw balik umah, singgah makan kat NZ, igt nak mkn otak2..tp otak aku menyatakan duit tak cukup, so mkn n minum cam biasa...pas mkn chaw balik umah....

ops, gaji dia bagi range antara 2100- 2300..

Falcon

Falcon merupakan framework yang digunakan oleh company untuk membuat sebarang application berasaskan web based dan byk lagi. Mudah dan menjimatkan masa, tanpa perlu menyusun coding yang ntah apa2. Falcon ni ada rupa skit2 function dia cam joomla. so bagi yang expertise dalam joomla, maybe leh agak yang falcon ni kacang je sebenarnya. tp aku yg baru belajar + tak taw pape, leh menkategorikan falcon ni agak mencabar.

Aku tak leh nak paparkan kat sini sbb aritu belajar pun directly ke server tmpt training EsRa ape ntah, company software kat shah alam...Selasa ni pun ada sambungan training, advance level rasanya, g dengan Paan, Mek n Zu...

Dalam falcon ni gak ada melibatkan query SQL statement, cam select bla bla bla.... aku failed bab natang ni, so aku salin gak laa apa yang cikgu tu ajo, (aku ngumpat ngan mek ckp Zaidi tu zek zaidi)..

Cth query statement...

select referencecode as flc_id, description1 as flc_name
from refgeneral
where mastercode = ( select referencecode from refgeneral
where description1 = 'KOD_AGAMA')
order by 1


Kepada cikgu2 yang mengajarku , aku ucapkan ribuan terima kasih, terutama kat Cik Zu yang sudi bantu aku kat opis bile Mek suruh aku buat itu ini...ops, Cik Zu pun tak kurang byk bagi keje kat aku... ngeh3x, tp bagus sbb aku leh belajo at least ;)

Kerja

Syukur alhamdulillah,

Memulakan kehidupan bekerja akhirnya telah bermula, 1 Julai 2009, tarikh bermulanya hari bekerja, dan seterusnya menunggu saat pencen ( kalo keje government)..

Bekerja di ORI NETWORK di wangsa melawati, bertugas sebagai, IT Executive (kerja apa ni??) .

1st day (1 Julai 2009) , masuk opis, duduk kat meja paan, pastu masuk bilik bos utk sign agreement, sambil bagi taw maklumat2 tambahan yg aku pun dah lupa masa ni..
sambil bebual kosong, dia bagitaw yang aku ditugaskan utk membantu team MOE menyiapkan project kat sn. MOE stand for MINISTRY OF EDUCATION, PUTRAJAYA..

2hb , aku bergerak kat putrajaya dengan paan, dia jadi co-driver aku...ngadap jam kat MRR2, pastu sesat sbb co-driver berangan...akhirnya smp kat MOE,Putrajaya lebih kurang jam 9.30++, masuk discussion room, ada 2 org aweks ( Mek Harisah ngan Zu)

sabtu ahad cuti .... dgr citer paan keje..

Isnin tak g MOE, sbb paan g opis, so aku dok opis wangsa melawati...

Selasa (6/7/2009) smp ke hari jumaat kelmarin, aku ulang alik Wangsa Maju - Putrajaya lebih kurang 90km pergi balik, member opis yg lagi 2 org tu (mek ngan zu) rupanya sempoi tahap gaban...so aku happy keje ngan diaorg w'pun aku mmg byk kena belajar ngan sifu2 cam paan n diaorg...

ops, terlupa mention sorg lagi big bro (otai gak ni ) abg pudin...hehehehe....biasanya kalo bus dah abih (dia dok kat puchong,so bus biasanya smp kol 10 mlm je), so aku anto abg pudin ni g balik umah dia, maka bertambah laa jarak perjalanan, wangsa maju - putrajaya - puchong - wangsa maju menjadikan jarak sehari perjalanan lebih kurang 120km...

syukur sbb menaiki kereta tua yang tak kuat makan minyak, sehari rm10 je minyak, ditambah dengan tol lebih kurang RM3, tak pun paan yang bayo.. perjalanan dianggarkan lebih kurang 90km (wangsa maju - putrajaya - wangsa maju)..so dpt aa kiranya menjimatkan wang berbanding menaiki ERL (RM18 pergi balik - bak kata paan, claim pun tak berbaloi), atau naik moto (selamat dari jam tp kalo ujan? laptop semua abih ranap)...

selepas perhitungan dilakukan, claim ulang alik, makan ratus2 gak laaa.... kalo whole day 30 hari sebulan keje, jejak ribu gak!!!
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here