Operating System

Mencari sesuatu yang baru dan amat bermakna bagi seorang yang masih lagi terkial-kial dalam dunia It membuatkan aku terasa bagaikan aku hanyalah insan yang tidak punya apa-apa pengetahuan bukan sahaja tentang itu malahan ini juga dan tidak lupa juga itu ini.

Aku cuba mengalih pandangan ke dunia Linux berbanding dunia Windows yang telah hampir 12 tahun ku kongsi kisah suka dan duka. Sejak dari 1995 sehingga 2007. Genap 12 tahun aku mengenali dunia perkomputeran yang membawa aku ke arah orang celik IT sepertimana yang diharapkan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam mengenalkan ICT di Malaysia ini.

Walaupun ilmu di dada mengenai Windows ini masih hanya setebal buku 555 yang terdapat di laci meja, namun ia sudah cukup memadai bagiku sekiranya inginkan perubahan yang lebih agung yang membawa ke arah kejayaan yang mendatang dan mungkin tidak. Tetapi tidak salahkan jika ingin mencuba, kerana sesungguhnya orang yang mencuba itu mendapat separuh dari kejayaan manakala orang yang langsung tidak berganjak dari takuk lama adalah mereka yang pasti tidak akan berjaya.


Antara linux yang kini menjadi sumber pilihan hati ialah Ubuntu kerana di ketahui bahawa Ubuntu adalah antara Linux yang "user friendly" atau dalam bahasa melayu nya dipanggil mesra pengguna, mempunyai GUI (graphic user interface) yang mudah dan juga mengandungi kadar peratusan bagi menaip sendiri yang rendah (command).

Ini pula adalah openSUSE yang baru aku temui 2 minggu lepas dan kini ianya sudah version 10.3 , tak berapa pasti tapi yang betul adalah version 10. Walaupun aku baru membongkar misteri chamelon hijau ini tetapi aku akui aku tertarik sesangat ngan konsep yang terdapat di dalam openSUSE nih. Dan terima kasih kepada seorang kenalan Yahoo Messenger yang telah membantu aku dalam proses mengenali lebih rapat tentang chamelon hijau nih.. Guide demi guide telah diberikan sehingga aku terjumpa satu thread dari sebuah forum yang mana threadstarter nya adalah "cikgureza" , dia seolah-oleh GURU bagi program linux yang ada di Malaysia. Memiliki karisma dan kemahiran serta kepakaran dalam bidang linux dan perniagaan. Berbalik kepada openSUSE ni, aku ingin menggunakan Gnome bagi memudahkan proses memformat kembali pc ini berbanding KDE yang kelihatan begitu rumit walaupun tidak serumit mana bagi seorang professional tapi bagi tahap newbie macam aku, aku mahu bertitik tolak dari perkara asas sehingga ke advance @ expert user.


0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here