Minggu Yang Menyibukkan

Kurang dari seminggu majlis perkahwinan akan berlangsung, majlis yang bertempat di Segamat akan berlangsung pada 25/11 manakala pengantin perempuan bertempat di Johor Bahru akan diadakan pada 18/11 ni. Esok, sudah tiba masa untuk bertolak ke Johor Bahru sebelum menginap di hotel Seri Malaysia yang mana tempat berlangsungnya acara akad nikah dan juga majlis perkahwinan tersebut diadakan. Reason : ruang rumah pengantin perempuan agak terhad, khemah tidak dapat dibina memandangkan jalan depan rumah nya begitu sempit. So, majlis dibuat di hotel terbabit.

Waktu ini ,sedang memikirkan baju apa hendak dipakai pada majlis akad nikah nnti, warna krim sedondon atau seboria dengan semua rombongan pihak lelaki membuatkan jiwa rasa kacau yang amat, memandangkan ketiadaan baju berwarna terbabit. Siang hari pula (18/11) , pakaian dengan tema hijau akan disarungkan ke setiap rombongan pengantin lelaki, juga masih memikirkan dimana hendak mendapatkan baju berwarna hijau yang mana tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap, sedap mata memandang bak kata orang.

Rambut yang telah dipotong rapi sejak 2 hari lepas membuatkan minda terasa lapang buat sementara waktu memandangkan parent selalu berleter tentang imej terutamanya rambut. Don't judge a book by its cover , jangan menilai seseorang melalui pernampilannya, adalah dua peribahasa yang sama maksudnya walaupun berbeza bahasa.

Syukur sebab tidak menjadi pengapit utk pengantin lelaki @ abg aku, tidak sanggup untuk berdiri lelama kat atas pelamin tu, nak jalan seiring ngan pengantin lelaki, memikirkan mata-mata yang akan memandangkan insan-insan yang berada di atas pelamin membuatkan satu keputusan yang tepat telah dibuat yang mana secara automatik nya aku tidak menjadi pengapit. Tempat ini telah diambilalih oleh kawannya sendiri (lupa lak tanya sapa).

Esok, perjalanan kurang 200km, menuju ke johor bahru mungkin amat meletihkan memandangkan menjadi pemandu kepada bekas penjaga kami adik beradik semasa kecil ke sana. Rehat yang tidak mencukupi memandangkan sekarang sudah menunjukkan pukul 4.15 pagi disebabkan tidak dapat melelapkan mata mungkin akan menyebabkan perjalanan begitu semakin meletih dan memenatkan.

Berehat seketika.

2 comments:

Anonymous said...

hye..cpt taruk gmbr u pakai baju pengantin..oops.baju melayu ms gi wedding,akad nikah n semua yg sama waktu dengannya..

xalimx said...

gambar i takde laa... sbb i yg jadi jurugambar..hehehe...

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here