Dimensi Baru Bermula

Era kemajuan masa kini membataskan keinginan aku untuk mengapai dunia realiti berbanding dunia maya yang penuh dengan penipuan dan tipu helah.

Apa kan tidak, masakan tidak pernah anda mendengar berita tentang penipuan IT sana sini? adakah engkau masih di takuk lama? sedangkan takuk-takuk itu sudah reput dimakan anai-anai, menjadi satu permukaan rata yang dapat dilihat dari jauh ngan mata kasar. Sedarkah engkau sendiri bahawa dunia yang serba moden dan era yang penuh dengan tipu helah ini tidak membataskan akal dan fikiran manusia dalam mencari kehebatan dan keagungan dunia?

Terfikirkah engkau bahawa engkau ini adalah hanya bagaikan seekor semut yang berusaha gigih utk kesenangan orang lain sedangkan mereka-mereka yang berada di atas singgahsana mempergunakan engkau apatah lagi memperlekehkan engkau tanpa disedari? Setidak-tidaknya hormati kami yang sudah bertungkus lumus memperjuangkan hak-hak dan nilai-nilai murni yang mungkin mereka-mereka ini tidak sedari kerana mereka-mereka ini hanyalah menangguk di air keruh, menadah muka di bawah pokok durian. yang menanti tuaian hasil dari orang lain. Tidak berusaha, penuh dengan korupsi, penipuan sana sini, penghormatan yang diberikan hanyalah sekadar nama tetapi omongan kosong belaka.

Tidak mungkin aku berhak untuk membantah kata-kata mereka sedangkan merekalah yang perlu sedari kerana mereka-mereka ini menggelarkan diri mereka golongan bijak IT, bijak itu, bijak ini tetapi "harap sahaja nama gah tetapi akal dan pemikiran kecik macam semut" .

Merepek di kala ini membuatkan aku lebih ingin meluahkan emosi yang kian terpendam. terseksa bagaikan anai-anai yang memakan alang-alang bumbung, lama kelamaan bumbung menghempap kita. Atau erti kata lain - "makan dalam" beb...

Argh..abaikan semua ini, mari kita beralih ke dunia fantasi semata-mata, menikmati kemewahan yang tiada tolok bandingnya bahkan boleh menggalahkan seorang jutawan, bukan sahaja jutawan malah tokoh hartanah (billionair) Donald Trump @ Donald Duck juga kita boleh anggap adalah orang tidak terkaya, cuba bayangkan mereka-mereka ini menggemis, pasti boleh bukan? Dan kita pula menggantikan tempat-tempat mereka ini, tetapi harus diingat, ini hanyalah fantasi semata-mata, kadar untuk menjadi realiti bergantung kepada usaha dan kecekalan anda sendiri.

Mencari sesuap nasi itu lebih payah dari menghabiskannya. Fikir-fikirkan

0 comments:

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here
advertise here